Laman Utama

“Bukit Kalau Ditarah, Gondol Juga” - Akui Terkesan Akibat PKP, Ramlah Ram Bersyukur Masih Ada Simpanan

gempak
Hanafis Haris
01/07/2021
05:06 MYT
Sponsor Banner
“Bukit Kalau Ditarah, Gondol Juga” - Akui Terkesan Akibat PKP, Ramlah Ram Bersyukur Masih Ada Simpanan

Penyanyi lagenda tanah air, Ramlah Ram akui dia juga turut terkesan dengan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaubagaimanapun, Ramlah bersyukur kerana masih mempunyai duit simpanan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Menurut penyanyi Kau Kunci Cintaku itu, kerjaya sebagai penyanyi menyebabkan ramai yang perlu ikhtiar untuk mencari rezeki.

“Sebabnya kita kurang tawaran dan aktiviti pentas ditambah lagi ada PKP yang tidak boleh melibatkan industri muzik dijalankan.

“Berbeza dengan lakonan, setidaknya sebelum ini penggiat seni bidang itu boleh cari makan.

“Nak cakap fasal terkesan ketika PKP, sejak awal PKP lagi sudah terkesan sebenarnya,” katanya.

Jelasnya, pun begitu, dia juga tidak boleh bergantung hanya pada simpanan semata-mata.

“Bukit kalau ditarah sekali pun gondol juga. Maka kena berusaha juga.

“Saya jimat cermat dan Alhamdulillah ada perniagaan-peniagaan sampingan seperti produk wangian,” katanya.

Ramlah berkata demikian menerusi satu sidang media virtual sempena kemuncul single terbarunya, Aku Ubatinya Lagi,

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Ajai dan susunan oleh Sharon Paul.

Lagu berkenaan sudah berada di semua pelantar digital seperti Spotify, KKBOX dan YouTube sejak 25 Jun lalu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live