Gaya Hidup
Bukti Setiap Manusia Ada Kelebihan, Ini 7 Sukan Bagi Orang Kelainan Upaya Yang Perlu Anda Tahu
Sukan Paralimpik merupakan sebuah temasya aneka sukan antarabangsa terulung yang melibatkan atlet-atlet yang mengalami pelbagai kekurangan upaya fizikal dan mental.
Bernaung di bawah kelolaan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), sukan ini diwakili oleh Pertubuhan Sukan Kebangsaan OKU yang meliputi 6 kategori kelainan upaya iaitu, cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat anggota, terencat akal, spastik dan orang kerdil.
Sering memcatat rekod cemerlang serta kutipan pingat yang tinggi, pencapaian atlet negara dalam sukan-sukan tersebut juga amat membanggakan.
Namun tahukah anda, ada pelbagai temasya sukan yang dipertandingkan untuk altet para.
Berikut merupakan tujuh sukan kurang upaya yang dipertandingkan di dalam Malaysia serta di peringkat antarabangsa.
- Sukan Paralimpik - Diadakan setiap empat tahun
- World Championships of Para-Sports – Diadakan setiap dua tahun
- Sukan ParaKomenwel – Diadakan setiap empat tahun
- Sukan Para Asia - Diadakan setiap empat tahun
- Sukan Para Asia Remaja - Diadakan setiap empat tahun
- Sukan Para ASEAN - Diadakan setiap dua tahun
- Para Sukma (Sukan Paralimpiad) - Diadakan setiap dua tahun
Dokumentari Eye on The Ball menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sekumpulan anak muda cacat penglihatan bertekad untuk menggapai impian menjadi pemain bola sepak professional di pawagam tempatan bermula 19 Mac 2020.
Must-Watch Video