“Bulan Madu Sebenar Mungkin Di Iceland…” - Yusuf Bahrin Bersyukur Kehidupan Selepas Kahwin Dipermudahkan
Azwa Rahman
10/12/2021 05:36 MYT
10/12/2021 05:36 MYT
Aktor kacak Yusuf Bahrin mengakui kehidupannya selepas berkahwin dengan penyanyi yang telah berhijrah Zizi Kirana semakin dipermudahkan.
Menurut Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 29, rutin hariannya tidak banyak beubah dah bersyukur mempunyai isteri yang sangat memahami.
“Alhamdulillah setakat ni urusan kami banyak yang dipermudahkan oleh Allah SWT dari segi kerja dan urusan rumah tangga.
“Kami banyak luang waktu bersama dengan duduk di rumah, makan-makan sambil menonton filem. Alhamdulillah kesihatan Zizi juga semain baik, dia dah boleh melompat sekarang haha,” ujar Yusuf ketika ditemubual.
Tambah pelakon Jangan Ganggu Jodohku ini lagi, isterinya juga pandai memasak dan ada beberapa resipi yang menjadi kegemarannya.
“Saya paling suka kalau Zizi masak nasi goreng corned beef dan ikan siakap masak masam manis. Memang sedap.
“Kalau saya yang masak, takda menu yang Zizi favorite pun sebab saya tak reti masak sangat,” katanya jujur.
Pasangan ini turut berkongsi mereka memilih untuk berbulan madu di luar negara.
“Yang saya pergi Sabah tu bukanlah pra-honeymoon, caption tu saja-saja je. Insya-Allah bulan madu yang sebenar nanti mungkin di New Zealand ataupun Iceland,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Yusuf dan Zizi bakal muncul dalam sebuah program memasak suami isteri berjudul The Lucky Bini Show.
Program berbentuk game show ini menampilkan dua pasangan selebriti perlu menjawab pelbagai kuiz dan permainan untuk memenangi gelaran ‘the best couple’.
Selain Yusuf dan Zizi yang akan tampil dalam episod pertama, antara pasangan selebriti lain yang mengambil bahagian adalah Mawar Rashid dan Raf Yaakob, sharifah Shahirah dan Ijoy, Hazama dan Genervie Kam, Pekin Ibrahim dan Mona Allen, Ifa Raziah dan Mohd Yani serta ramai lagi.
Dihoskan oleh Sherry Al-Hadad, saksikan program The Lucky Bini Show pada setiap hari Isnin bermula 13 Disember ini, 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Go.