HIBURAN

Bulan Puasa Sibuk Shooting, Redza Rosli Syukur Isteri Faham Jadual Kerja - “Cuti Dua Hari Untuk Buka Dengan Keluarga...”

Umirah Halim 06/03/2025 | 02:55 MYT
Sibuk bekerja, pelakon Redza Rosli terpaksa berkorban masa untuk berbuka bersama isteri, Bella Hanna.

Syukur isteri memahami

Meskipun pertama kali menyambut bulan Ramadan bersama, Redza atau nama lengkapnya Ahmad Redza Rosli, 33, bagaimanapun syukur kerana isteri sangat memahami jadual kerjanya.

“Alhamdulillah produksi beri cuti selama dua hari untuk para pelakon berbuka bersama keluarga. Selebihnya kami akan menjalani penggambaran sepanjang bulan Ramadan ini.

“Saya bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon kerana dia juga merupakan seorang pelakon.

“Kami masing-masing tahu bila waktu yang sesuai untuk kami bertemu di rumah. Selalunya bila saya balik kerja, dia pun sudah selesai tugasnya dan berada di rumah,” katanya kepada Gempak

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Khabar Angin, Redza Rosli Nafi Isteri Sedang Hamil - “Itu Semua Berita Palsu”

ARTIKEL BERKAITAN: Redza Rosli & Hannah Delisha Kembali Bersinar Dalam Dendam Seorang Madu

Berkongsi tentang pengalaman berlakon di bulan puasa, kata Redza tugasnya sebagai pelakon sangat mencabar kerana banyak tenaga yang diperlukan.

Mengulas mengenai pengalaman berlakon di bulan puasa, Redza akui sangat mencabar kerana banyak tenaga yang diperlukan tetapi itu tidak menjadi alasan untuk ponteng puasa.

“Berkerja ketika bulan puasa sangat merisaukan kerana kalau boleh kita tak mahu tinggal puasa. Drama ini pula bermain dengan emosi. Barisan pelakon pula hebat-hebat. Kena bagi lebih tenaga.

“Saya pula ada masalah gastrik. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita sengaja nak tinggal puasa. Melainkan ada surat daripada doktor,” ujarnya.

Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024

Dalam perkembangan lain, Redza Rosli membintangi drama terbaharu ‘Dendam Seorang Madu’ sebuah drama yang membawa genre konflik kekeluargaan.

Drama ini telah pun menemani para penonton sepanjang bulan Ramadan ini, di saluran Astro Prima (saluran 105) bermula 3 Mac 2025, Jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

Menyentuh isu pengurusan harta peninggalan dan disulami kemas dengan konflik perkahwinan bermadu pada luaran menjadi tunggak penceritaan drama ‘Dendam Seorang Madu’

Drama terbitan MIG Production Sdn. Bhd. ini telah mendapat sentuhan daripada pengarah drama nombor 1 Malaysia, Riza Baharuddin yang berjaya mengangkat drama ‘Andai Tiada Dia’ sebagai drama nombor 1 dalam sejarah kandungan Melayu Astro (2024).

Selain Redza, barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Hannah Delisha (Puteri Rayhana), Sweet Qismina (Izara) dan Emelda Rosemila (Hanum).

#Isteri #Puasa #Sibuk #Rosli #Redza