Berita

Bulat Atau Petak? Ini Rahsia Pilih Stail Hijab Lebaran Ikut Bentuk Muka — No. 5 Ibu Segala Rahsia!

gempak
Kamaruddin Razal
29/05/2018
13:00 MYT
Sponsor Banner
Bulat Atau Petak? Ini Rahsia Pilih Stail Hijab Lebaran Ikut Bentuk Muka — No. 5 Ibu Segala Rahsia!
Stail hijab hari ini semakin bervariasi. Namun tidak semua gaya mampu serasi dengan sempurna kerana kita dilahirkan dengan bentuk muka yang unik dan berbeza-beza. Ini tips mudah untuk anda. Barulah gaya uber hijab Aidilfitri lebih va-va-voom!
JADI, apakah tips yang boleh para hijabi cuba untuk mencapai keserasian gaya itu? Ya, manusia dilahirkan dengan genetik yang berbeza-beza, identiti yang tidak serupa, serta keunikan yang tersendiri dan tidak boleh difotokopi. Buat kalian para hijabi Malaysia yang ingin kelihatan cantik apabila menggayakan jenama tudung pilihan hati, apatah lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri ini — nah, kami ada tips berguna untuk kalian. Tidak kira apa jua bentuk wajah anda, dengan pilihan tepat, penampilan pasti lebih manis dan menyerlah sepanjang bulan Syawal. Selamat mencuba!
TIPS 1: JIKA WAJAH BERBENTUK BUJUR
Banyak orang berpendapat, wajah berbentuk bujur adalah bentuk raut wajah yang paling sempurna dan paling cantik. Benarkah teori ini? Jika kena cara penggayaan aksesorinya, ya, kebujuran wajah pada ‘angle’ yang paling cantik pasti terserlah. Namun awas! Jika teknik penggayaannya salah, ia pasti menjadi satu bencana.
Untuk wanita yang memiliki bentuk wajah bujur, anda disarankan agar menata gaya tudung mengikut konsep ‘Turkish Style’. Untuk mencipta ‘Turkish Style’, anda boleh menggunakan tudung panjang atau ‘long shawl’. Balut dan lilitkan ia untuk membentuk bingkai wajah seperti biasa. Tetapi pastikan lengkungan tudung pada bahagian dahi anda ditinggikan.
SMART TIPS! Hindari tudung atau ‘long shawl’ yang berfabrik keras. Sebaliknya, pilihlah material satin atau sutera. Ia melembutkan komposisi wajah secara keseluruhan.
TIPS 2: JIKA WAJAH BERBENTUK BULAT
Ada pula orang berpendapat, wajah yang bulat agak kurang menarik kerana ia kurang dimensi, malah sukar ditata gaya. Benarkah? Hello wanita! Jangan sekali-kali berfikir begitu. Wajah bulat juga punya keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Dipercayai orang yang berwajah bulat selalunya memiliki raut air muka yang manis. Malah dikatakan juga akan selalu kelihatan awet muda kerana memiliki pipi yang agak gebu dan tembam, dengan bentuk dagu yang agak bulat.
Jadi gaya tudung bagaimana yang wajar diguna pakai oleh wanita yang memiliki bentuk muka bulat? Anda boleh mencuba gaya hijab Mesir yang selalu dipadankan dengan penggunaan ‘inner’. Tudung atau skarf yang dipakai hanya perlu diikat ke belakang (dekat tengkuk).
EXTRA TIPS! Untuk gaya hijab Mesir, anda boleh menggunakan hijab yang bercorak atau bermotif, yang diperbuat daripada material sifon. Jika anda tidak mahu menggunakan ‘inner’ dan ingin memakai tudung seperti biasa, anda disaran supaya menyembunyikan 2/3 bahagian pipi dengan balutan tudung atau ‘shawl’. Teknik ini dapat menimbulkan ilusi pipi lebih kecil. Malah, wajah yang bulat akan terlihat bujur sedikit berbanding kelaziman.
TIPS 3: JIKA WAJAH BERBENTUK HATI
Wanita yang memiliki wajah bentuk hati mempunyai dahi yang agak besar dan luas, manakala bentuk dagunya pula kecil dan tirus. Dikatakan orang yang wajahnya berbentuk hati memilliki kecerdikan akal fikiran dan selalu dikaitkan dengan personafikasi ‘genius’. Namun, jika gaya hijab tidak dipilih dengan ‘genius’, ia pasti mengundang konotasi sebaliknya!
SMART TRICK! Apabila mengenakan pashmina atau selendang panjang, anda disarankan supaya menarik bahagian bulatan selendang pada kepala agar ia kelihatan runcing dan tinggi. Bermaksud, ‘awning’ itu perlulah kelihatan ‘tajam’ atau runcing kerana ia boleh mengecilkan paras dahi yang luas dan lebar.
TIPS 4: JIKA WAJAH BERBENTUK KOTAK
Lazimnya, wajah berbentuk kotak memiliki bentuk rahang yang agak menonjol. Kerana itulah orang yang berwajah kotak atau bentuk petak selalu dikatakan memiliki bentuk wajah yang ‘keras’ dan ‘kejung’. Jika tidak kena gaya, air muka mudah terlihat garang.
COOL TIPS! Hijabi yang wajahnya bentuk petak dinasihatkan agar menjauhi tudung yang sarat dengan corak atau motif yang besar, ‘sibuk’ atau terlalu menonjol. Satu lagi jenis hijab yang wajar dihindari adalah tudung yang bercorak atau bercetak geometik dengan warna-warna yang terlalu terang atau galak. Sebaliknya, pilihlah helaian hijab berona lembut lagi manis dengan corak minimalis. Anda juga digalakkan supaya memakai rona pastel atau tona ombre sederhana.
TIPS 5: JIKA INGIN SERLAHKAN KESERIAN KULIT WALAU APA JUA BENTUK WAJAH DAN TUDUNG YANG ANDA GAYAKAN
Ya, tidak kira apa jua bentuk wajah anda — bulat, lonjong, petak, bentuk hati dan sebagainya, anda perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Itulah kata kuncinya.
Supaya gaya hijab anda terserlah dan kelihatan lebih sempurna, pastikan keserian kulit terpancar secara semula jadi, bebas daripada solekan tebal. Untuk menampilkan tekstur kulit wajah yang kelihatan halus, sihat, segar dan terserlah keseriannya dari dalam ini, anda digalakkan agar mengambil satu tablet Flavettes Effervescent Glow setiap hari.
TIPS MUDAH! Dengan formulasi 3-dalam-1 yang mengandungi Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E, ia sempurna untuk keperluan kulit anda. Caranya? Anda hanya perlu melarutkan ke dalam segelas air dan minum begitu sahaja. Mudah bukan?
Bukan itu sahaja, anda juga disaran agar mengamalkan pengambilan Flavettes Effervescent Glow secara konsisten. Tahukah anda, Vitamin C, Vitamin E dan Glutathione merupakan agen antioksida yang amat efisien. Ia mampu menentang tindakan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar seperti asap kenderaan dan asap rokok, juga sinar UV daripada selaran cahaya matahari. Semua ini boleh mengakibatkan kerosakan sel yang membawa kepada masalah penuaan kulit sebelum waktu. Biarkan Flavettes Effervecent Glow menyerlahkan kejelitaan anda pada Raya ini.
Tutorial Hijab Paling Mudah, Cuma Gunakan Satu Pin! Jom tonton cara melilit hijab panjang rona pastel dengan gunakan satu pin sahaja. Cukup ringkas, semudah A-B-C!
Tutorial Hijab Dengan Padanan Warna Kontras Jangan hadkan gaya anda dengan warna-warna selamat atau rona tanah semata-mata. Pakaian dengan palet warna kontras juga pasti menarik untuk diadun bersama gaya hijab.
Ini Warna Hijab yang Sesuai Mengikut Warna Kulit Anda Kalau mahu kelihatan menawan, anda wajar pilih rona tudung yang sesuai dengan tona asli kulit anda. Ini tipsnya.
Warna Merah Hijab rona merah amat sesuai untuk mereka yang berkulit cerah. Warna merah amat sesuai dikenakan dalam majlis sekiranya anda ingin meraih tumpuan dan perhatian.
Merah Jambu Tidak syak lagi, inilah warna paling khusus buat wanita. Anda boleh mengenakan hijab rona jambu jika ingin menonjolkan sifat-sifat kewanitaan dan kelembutan. Namun rona merah jambu terang agak kurang sesuai dipakai jika anda mahu dilihat profesional di dalam bilik mesyuarat.
Warna Kuning Anda wajar mengenakan hijab rona kuning jika mahu menampilkan imej ceria, cergas dan gembira dalam perhubungan sosial. Malah, dikatakan orang yang suka mengenakan rona kuning adalah individu yang kreatif, optimis dan berani mencuba.
Warna Biru Muda Rona biru agak fleksibel kerana ia sesuai digayakan oleh orang muda mahupun tua. Maka kerana itu tidak hairanlah jika hijab warna biru selalu menjadi pilihan wanita. Ia bukan sahaja serasi untuk wanita yang berkulit cerah, malah cantik juga digayakan oleh wanita yang berkulit sawo matang atau hitam manis.
Warna Jingga Semua orang tahu, warna jingga selalu dikaitkan dengan kegembiraan. Tetapi berhati-hatilah jika anda memilih hijab berwarna jingga. Hindari daripada memakainya head to toe, dengan pakaian yang serba jingga juga. Lebih parah kalau anda berpakaian serba jingga dengan padanan tas tangan dan kasut jingga juga, oh please… jangan!
Warna Coklat Ini satu lagi warna yang mudah diserasikan oleh mereka yang berkulit gelap mahupun berkulit cerah. Namun apabila memilih hijab rona coklat, anda wajarlah memadankannya dengan busana yang bercorak, atau rona colat yang dua tingkat lebih gelap atau dua tingkat lebih cerah. Ini untuk memastikan penampilan anda tidak kelihatan ‘lemah’, ‘flat’ dan tidak tidak bermaya.
Warna Hitam Warna hitam tetap kekal sebagai warna teratas untuk menonjolkan pengaruh, kebijakan, autoriti dan kekuasaan. Ia satu warna yang amat tepat untuk anda pakai dalam acara-acara perniagaan mahupun profesional. Anda boleh memilih hijab rona hitam lalu mengadunnya bersama apa jua busana yang anda sukai. Namun ia akan kelihatan lebih elegan jika anda mencipta gaya monokrom hitam-putih, atau menggabungnya bersama palet warna yang sama seperti biru, ungu atau magenta.
Foto: LatestAsionFashion
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024