Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Buli Boleh Terjadi Di Rancangan Realiti TV" - Fazley Yaakob

Amri Hassan
23/01/2023 07:55 MYT
Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob tampil berkongsi pandangan peribadi berhubung insiden komen pedas juri di pentas rancangan televisyen baru-baru ini.

Menyifatkan kejadian itu seumpama buli, Fazley menasihatkan setiap individu agar sentiasa mempunyai pertimbangan rasional sebelum mengeluarkan sebarang kata-kata.

"Bully can also happen on a reality tv show, not just on social media. When this happens, bukan salah production, tapi salah orang yang mengeluarkan kata-kata kesat tanpa fikirkan maruah peserta dan keluarganya.

"Time have changed! Jangan pula sampai mangsa hilang arah, hilang punca dan hilang yakin diri. Baru si pembuli nak rasa bersalah?

"Produksi memang sukar kawal apa yang berlaku, tapi apa yang keluar dari mulut individu adalah 200% tanggungjawab sendiri.

"Moga ada yang menegur, saya pun ada anak perempuan," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.



Biarpun tidak menujukan hantaran terbabit kepada mana-mana pihak, ada antara pengguna media sosial yang bersetuju dengan pandangan Fazley.

#Viral #Mas Idayu #Buli #Fazley Yaakob #Sissy Iman #TV #Rancangan
;