Pelakon Que Haidar membuat aduan kepada guru disiplin selepas anak perempuannya, Tengku Ratu Haidar, 9, menjadi mangsa buli di sekolahnya.

Que memaklumkan perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Que, dia menyerahkan kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Bullying is a big NO NO NO!! Saya sudah pun membuat aduan kepada guru displin dan serahkan kepada guru displin serta sekolah untuk selesaikan masalah ini. Insya-Allah dapat diselesaikan dengan aman. Amin,” tulisnya

Bullying is a big NO NO NO!! saya sudah pun membuat aduan kepada guru displin dan serahkan kepada guru displin serta sekolah utk selesaikan masalah ini. Insyaallah dapat diselesaikan dengan aman.. amin ??

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, Que juga memberitahu tidak mengajar anaknya untuk melawan sebaliknya melaporkan kepada guru yang bertugas.





“@official_mawarputih Tu lah… Ratu dah lah jenis lembut dan saya ajar jangan layan dan melawan, hanya report pada guru sahaja, biar guru yang ambil tindakan,” tulisnya.

Terdahulu, kejadian berlaku apabila pembuli tersebut telah menconteng sebuah buku milik Ratu yang baru dibeli.

Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009.

Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar, 7.

Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan hasil perkahwinan sebelum ini.