Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

Gempak
15/09/2024 18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Gara-Gara Mahu Naikkan 'Viewers', Youtuber Ditahan Selepas Muat Naik Video Masak & Makan Kari Burung Merak

Rakaman yang dikongsikan oleh polis tempatan memaparkan suspek bernama Allexis Ferrell, 27, menghancurkan kepala kucing sebelum memakannya pada 16 Ogos lalu.

Kejadian berlaku di sebuah pekan yang terletak kira-kira 276.8 kilometer dari Springfield, di mana bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa bahawa pendatang Haiti ‘memakan haiwan peliharaan’ semasa debat presiden baru-baru ini.

“Pegawai menyaksikan Ferrell menghancurkan kepala kucing itu dengan kaki sebelum memakannya,” kata polis.

Dia kini ditahan di Penjara Daerah Stark atas kesalahan melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Ferrel menamatkan pengajian dari Sekolah Tinggi Canton McKinley pada 2015 dan mempunyai sejarah jenayah termasuk mengambil kokain, menerima harta curi dan membahayakan kanak-kanak.

“Suspek dalam kes ini bukan pendatang Haiti. Dia ialah penduduk Canton sejak kecil,” kata jurucakap polis Canton, Dennis Garren.

BERITA TRENDING: Kucing Disangka Hilang, Rupa-Rupanya Dibaham Harimau Akar!

BERITA TRENDING: Ahli Zoologi Terkenal Rogol, Dera & Bunuh 60 Anjing: “Saya Tidak Mahu Berhenti Lakukannya”

BERITA TRENDING: Lelaki Warga Asing Lapah Kucing Ditahan Polis


Suspek dibenarkan diikat jamin sebanyak AS$100,000 (RM430,200) dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 15 Oktober ini.AGENSI
#Viral #makan #Penjara #Amerika Syarikat #Kucing #Polis #Ohio