Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Bulu Mata Imah Jadi Bualan Netizen, Ini Respon Zara Zya

Kamaruddin Razal 19/05/2020 | 08:06 MYT
Aktres Zara Zya bersyukur kerana drama bersiri Korban Kasih yang disiarkan sepanjang Ramadan ini mendapat sambutan yang sangat positif.
Memegang watak Imah dalam karya terbabit, Zara menyifatkan respon hangat yang diberikan oleh penonton sebagai satu rezeki yang tidak dijangka.
"Alhamdulillah, itu adalah perkara yang pertama keluar dari mulut saya apabila drama bersiri terbabit mendapat sambutan hebat. Semenjak awal, kami berharap karya ini diterima ramai memandangkan novelnya merupakan sebuah naskhah yang popular.
"Karya ini diadaptasikan daripada novel yang berjudul Korban Kasih dan Korban Kasih 2 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Watak Imah orang gemar kerana karakternya menceriakan keadaan.
"Saya buat yang terbaik untuk menggambarkan Imah sebagai anak bongsu yang manja. Biarpun pada awalnya orang mengecam, tak boleh terima kerana pelakon yang dewasa membawa watak pelajar, lama kelamaan plot cerita naskhah ini menarik minat orang.
"Penat lelah saya bersama pelakon lain, pengarah, penerbit dan tenaga produksi berbaloi apabila drama ini dapat diterima ramai," kata Zara ketika dihubungi Gempak.
Kehangatan drama bersiri ini menjadi sejarah peribadi yang manis dalam kerjaya Zara dan ia seakan mengulangi kejayaan bulan puasa yang lepas.
Pada tahun lalu, drama lakonan Zara, Pia mendapat sambutan hangat ketika ia ditayangkan di bulan Ramadan dan tahun ini pula, wajah Zara menghiasi drama bersiri Korban Kasih.
"Saya sangat bersyukur kerana sering diberikan naskhah yang hebat dan baik. Saya anggap ia sebagai tuah. Setakat ini, saya gembira orang nampak bakat saya dan kepercayaan yang diberikan itu takkan saya sia-siakan," kata Zara lagi.
Dalam pada itu, Zara turut memberikan komen tersendiri apabila watak Imah sering diusik kerana penampilannya dengan bulu mata.
"Saya tak kisah kerana orang mesti memerhatikan. Bulu mata ke, rambut palsu ke, perangai ke... Selagi orang berkata, dalam masa yang sama nmemberikan impak kepada drama ini dan mendapat sambutan hangat, saya biarkan sahajalah.
"Orang berkata pun tak adalah sampai memburukkan keadaan. Apa yang penting, orang tengok drama bersiri ini dan mengambil nilai-nilai yang baik untuk dijadikan teladan," katanya lagi.
#Zara Zya #Korban Kasih #Imah
;