Hiburan

Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen

gempak
Amri Hassan
26/04/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
Tampil menjelaskan perkara itu, kata Sarah, dia memakai gam bulu mata palsu yang berbeza kualitinya kerana kesuntukan masa.
"Yang mengata tentang eyelash saya, maaf, gluenya tak bagus jadi bulu mata tu nampak senget sekali.
"Selalunya pakai glue sephora/buat eyelash extensions, ini beli eyelash falsies gluenya yang dapat free sekali jadi saya pakai aja sebab last minute sangat.
"Tapi janji hari ini extensions sebab tak boleh tahan dengan falsies!" responsnya dalam satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, keadaan gincu yang dipakai Sarah pada sesi rakaman itu juga menjadi tumpuan ramai.
"Dan sambil interview tu sarah ada makan cake, jadi lipstick sebelah tu hilang jadi tipis gitu jadi mulut sarah nampak uneven, MAAF," tambahnya.

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak

Terdahulu, wargamaya dikejutkan dengan pendedahan oleh individu bernama Sarah Yasmine mengenai dakwaan hubungan terlarang antara Aliff dan Ruhainies.
Keadaan menjadi tegang apabila penyanyi Tom mendakwa Sarah turut menghubungi suaminya, penyanyi Fuad menerusi Instagram sejak 2022.
Selain itu, pendedahan Sarah turut menyebabkan nama Caprice terpalit sebagai individu yang didakwa sebagai antara individu yang mencipta akaun palsu menyebarkan aib Bella Astillah di internet.

PILIHAN PEMBACA: Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live