GAYA HIDUP
'Bumi Itu Bulat' - Filem Kerjasama Malaysia & Indonesia, Bakal Temui Penonton 18 April Ini
Dua gergasi produksi filem, Astro Shaw dan Inspiration Pictures berkerjasama menghasilkan filem bergenre romantik komedi remaja bertajuk ‘Bumi Itu Bulat’.
Filem yang berdurasi satu jam 42 minit ini diarahkan oleh Ron Widodo dan cerita asalnya oleh Robert Ronny dan Vera Varida.
Mengetengahkan pelakon muda berbakat besar seperti Rayn Wijaya, Rania Putrisari, Qausar Harta dan Kenny Austin, ia turut dibintangi pelakon hebat Indonesia seperti Mathias Muchus, Ria Irawan, Arie Krinting dan Christine Hakim.
Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Bahagian Perniagaan Melayu & Nusantara, Raja Jastina Arshad, “Sebagai antara penerbit yang aktif di Malaysia, kami merasakan ini adalah masa yang tepat untuk mengembangkan lagi jenama Astro Shaw di peringkat nusantara.”
'Bumi Itu Bulat' mengisahkan anak muda bernama Rahibi, Markus, Syahid dan Tiara menubuhkan kumpulan bernama Rujak Acapella.
Mereka menerima satu tawaran kontrak rakaman album tetapi dengan syarat, Aishia harus menjadi sebahagian kumpulan Rujak Acapella.
Demi impian, Rahibi sanggup lakukan apa sahaja asalkan Aishia bersetuju menyertai mereka.
Filem ini bakal menemui penonton di Indonesia bermula 11 April manakala di Malaysia secara limited release (29 panggung) bermula 18 April.
Must-Watch Video