Hiburan
Bung Moktar & Zizie Izette Dijangka Didakwa Hari Ini
Ahli Parlimen Kinabatangan dan Bekas Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A. Samad dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas tuduhan berkaitan rasuah, lapor Astro Awani.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini berkata pasangan itu bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.
Rabu lalu, SPRM menahan Bung Moktar pada jam 10.50 pagi di pejabat SPRM Sabah.
Manakala Zizie, yang juga seorang pelakon, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11.15 pagi, hari yang sama.
Kedua-dua mereka ditahan selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra.
Kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Bung Moktar dilantik sebagai pengerusi agensi itu pada Julai 2013 dan meletak jawatan pada 1 Jun 2018.
Peletakan jawatan adalah susulan kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei tahun lalu.
Sumber: Astro Awani