Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

Khairil Khusyairi
18/09/2024 13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.

Jangan Baca Komen

Bunga atau lebih mesra disapa BCL itu berkata, sekiranya enggan diri terkesan dek kata-kata netizen, setiap anak seni perlu cuba mengelak daripada membaca komen negatif yang ditinggalkan demi kesihatan mental.

“Buat aku siapa pun yang punya karya, marilah kita hargai. Semua mempunyai karakter dan ciri masing-masing.

“Orang bebas memberi komen tetapi komenlah yang baik-baik. Janganlah menyakiti orang lain.

“Industri ini sangat mencabar, kita kena kuatkan diri, jangan selalu dengar atau baca komen-komen yang tak baik untuk kesihatan mental kita,” katanya kepada pemberita usai sidang media konsert akhir Gimme The Mic pada Ahad.

Netizen Tak Perlu Banding

Dalam pada itu, pelantun lagu Wanita Terbahagia itu turut berharap netizen tidak membandingkan cara setiap penyanyi membawakan lagu tersebut.

“Buat yang memberi komen, janganlah keluar kata-kata yang mampu menyakiti orang lain.

“Saya tak mahu ulas lanjut, semua orang ada rezeki masing-masing, ciri tertentu.

“Tak perlu bandingkan sesebuah karya kerana setiap karya adalah bagus. Ada marketnya yang tersendiri,” ujarnya lagi.

Percaya Pada Bakat Mahalini

Bunga yang pernah menilai pelantun lagu Bohongi Hati itu ketika menjadi juri di Indonesian Idol musim ke-10 itu turut bangga dengan pencapaian Mahalini kini.

“Nanti lah ya, nanti saya akan maklum pada dia.

“Saya juga juri ketika dia bertanding di Indonesian Idol.

“Saya sangat bangga dengan pencapaian yang dia ada kini sehingga menjadi seorang penyanyi yang besar di Indonesia. Jadi kita doakan yang terbaik,” tutupnya.

Terdahulu, nyanyian Mahalini mendapat pujian peminat dan pencipta lagu itu sendiri iaitu Melly Goeslaw apabila menyanyikan semula lagu yang menjadi runut bunyi filem Heart itu.

Namun, ada juga netizen berpendapat bahawa emosi asal Mahalini tidak sekuat pada versi Acha Septriasa.

Malah, Mahalini mengakui bahawa suaranya tidak sehebat Acha Septriasa, tetapi dia tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk dinikmati oleh para pendengar.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Masih Suka Versi Asal 'Sampai Menutup Mata' Acha Septriasa, Nyanyian Mahalini Tak Cukup Rasa? - "Aku Lelaki Pun Boleh Nangis"

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Terbabit Kes Seleweng Wang Syarikat, Bunga Citra Lestari: – “Boleh Tak Kalau Saya Tidak Mahu Ulas”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Berniat Untuk Memiliki Anak Lagi Kerana….” - Bunga Citra Lestari

ARTIKEL BERKAITAN: Saiz Perut BCL Jadi Sorotan Netizen, Ramai Speku Sedang Hamil?

#Viral #Netizen #Bunga Citra Lestari #Indonesia #Lagu #Kecam #BCL #Kritik #Sampai Menutup Mata #Mahalini