,
Laman Utama

Bunga Citra Lestari Sudah Move On, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali

Maliah Surip
26/11/2023
06:35 MYT
Bunga Citra Lestari akan segera meninggalkan zaman janda apabila dilaporkan akan menikah pada Disember ini.
Bunga atau dikenali sebagai BCL dikatakan akan menikah dengan lelaki yang pernah dikaitkan sebagai kekasihnya, Tiko Pradipta Artawardhana.
Pasangan tersebut didakwa akan menikah pada 2 Disember 2023 di Bali.
Menurut laporan media tempatan, berita BCL dan Tiko akan menikah tersebar selepas mereka memohon untuk melangsungkan perkahwinan di jabatan agama pada 15 November 2023.
Namun pihak berkenaan tidak dapat memberi maklumat lanjut termasuk mengesahkan tarikh pernikahan mereka yang disebut jatuh pada 2 Disember ini.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Wanita Terbahagia itu sebelum ini menjadi ibu tunggal selepas suaminya, pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia sekitar empat tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurnia seorang anak lelaki, Noah.
Hubungan asmara BCL dan Tiko mulai terkuak pada saat BCL ulang tahun ke-40 pada Mac 2023 lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

"Saya Tak Boleh Menjanda Lama-Lama" - Ina Naim Nikah Semula Demi Anak-Anak

gempak
31/10/2024
09:20 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad yang juga penyanyi, Ina Naim memberitahu dirinya tidak boleh bersendirian dan perlukan teman hidup demi anak-anak.
Unitar