Aidilfitri turut disambut meriah dalam kalangan selebriti Indonesia.

Salah seorang yang dilihat berbahagia menyambut Lebaran adalah selebriti terkenal, Buga Citra Lestari.

Menerusi perkongsian terkini yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya, Bunga atau BCL mempamerkan kemeriahan raya yang disambut bukan sahaja dengan keluarga, tetapi teman-temannya.

"Celebrating Raya at home with family and friends.. Minal aidin walfaizin, mohon maaf lahir dan batin.." tulis BCL di Instagramnya.

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)


Namun hal yang menjadi perhatian warganet adalah dalam keramaian tersebut, sosok lelaki yang sempat dikaitkan sebagai kekasih BCL iaitu Tiko Aryawardhana turut kelihatan.

Meski tidak berkongsi foto rakaman mereka berdua, namun Tiko terlihat ikut tersenyum bahagia dengan tetamu lain dalam beberapa foto yang dikongsikan.

Lebih menarik perhatian apabila lelaki tersebut dilihat memakai busana sedondon dengan BCL dan keluarganya.

Bekas isteri Allahyarham Ashraff Sinclair itu dilihat memakai busana dengan motif bunga-bunga. Begitu juga pakaian yang dikenakan oleh Tiko, juga dilihat dari motif yang sama.

Hal ini membuat warganet semakin yakin BCL dan Tiko memang menjalin hubungan istimewa.

Bagaimanapun sehingga kini baik BCL mahupun Tiko, kedua-duanya tidak pernah mengesahkan tentang hubungan intim mereka.

Terdahulu, BCL juga dilihat sempat menziarah pusara Ashraff yang meninggal dunia sekitar dua tahun lalu bersama anak mereka, Noah bersama kedua ibu dan bapanya.