Selepas lapan minggu bersiaran, pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia melabuhkan tirainya sebentar tadi.
Pentas akhir itu juga menyaksikan Bunga Raya diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan empat peserta lain.
Bunga Raya yang dipakai oleh penyanyi Aina Abdul berjaya mencuri hati juri selepas membuat persembahan memukau dengan nyanyian lagu Listen nyanyian asal Beyonce dan Malam Ini Kita Punya dari kumpulan Bunkface.
Aina membawa pulang trofi dan gelaran seperti mana mengikut format asal negara-negara lain.
Tempat kedua pula jadi milik Rajah Brooke yang dipakai oleh penyanyi Vaneesa Reynauld.
Orang Utan yang dipakai oleh anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju berada di kedudukan tempat ketiga.
Sementara Wau yang dipakai penyanyi Datin Alyah menduduki tempat keempat manakala kelima adalah Enggang iaitu Vince Chong.
Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert akhir The Masked Singer Malaysia:
#1 BUNGA RAYA : 96%
Listen (Beyonce) & Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
#2 Rajak Brooke : 95%
Ku Bersuara (Ernie Zakri) & Rampas (Akim & The Majistret)
#3 Orang Utan : 94%
Dia (Anji) & Apa Khabar, Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, Sonaone, Alyph)
#4 Wau : 88%
I Surrender (Celine Dion) & Opera Hidup, Pawana (Wings & Search)
#5 Enggang : 87%
Tiada Lagi (Amy Search) & Generasiku (OAG)
Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.
Pelawak dan penyanyi Mark Adam dijemput sebagai juri jemputan bagi menggantikan Zizan Razak.
Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.
Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.
The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Zulaikha Yusof
Fri Nov 06 2020
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
OH BABY KAMAL & UQASHA! - EPISOD 2
Kamal dah pandai bedung baby! Hahaha harini kita nak throwback Kamal & Uqasha pergi antenatal class. Untuk first time parents, kelas ni sangat digalakkan join untuk persediaan bersalin. Paling penting, mommies boleh belajar banyak knowledge yang berguna!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.