Dua produksi terbitan Astro Gempak, Bunga's Secret Garden dan McD Virtual Rock Concert memenangi anugerah emas dalam majlis Anugerah APPIES 2022 baru-baru ini.

McD Virtual Rock Concert merupakan kolaborasi antara ratu rock negara, Ella, francais makanan segera terkenal McDonalds dan Astro Gempak untuk menerbitkan konsert virtual Rock On pada 28 Ogos 2021.

Peminat yang bertuah akan berpeluang memenangi makan tengah hari virtual eksklusif bersama Ella dan cenderahati istimewa.

Menariknya juga, menerusi kolaborasi tersebut, tiga pilihan sajian burger dihasilkan iaitu Rockin' BBQ, Double Rockin' BBQ dan Triple Rockin' BBQ.



Manakala Bunga's Secret Garden merupakan kempen drama pendek kolaborasi Astro Gempak bersama Herbal Essences yang menceritakan kehidupan gadis bernama Bunga yang memiliki kedai bunga hipster di Kuala Lumpur.

Bunga's Secret Garden telah ditayangkan di Facebook, IGTV dan laman rasmi Gempak pada sejak 5 Januari 2021 dan saluran Astro Ria bermula 12 Januari 2021.



Selain itu, Astro Media Solutions turut memenangi sebuah anugerah perak peringkat Asia Pacific menerusi Safe Space: Listen To Your Walls bersama Nippon Paint Malaysia.

Manakala Jessica Biscocho dari Procter & Gamble yang meyampaikan kempen Bunga’s Secret Garden memenangi anugerah khas APPIES Asia Pacific 2020-2022 dalam kategori Rising Star Presenter of the Year (bawah 30).

Jom lihat senarai pemenang di sini.



Majlis Anugerah APPIES APAC kali pertama diadakan dan telah menerima 61 penyertaan dari tujuh negara berasingan termasuk Malaysia.

Penyertaan membabitkan kempen atau iklan dari pelbagai syarikat-syarikat dengan ciri-ciri yang diambil kira termasuklah kekreatifan dan impaknya kepada orang ramai.

Anugerah itu juga sebagai menghargai keberanian syarikat-syarikat dalam pemasaran mereka dan orang-orang di belakang mereka.