Laman Utama

Bunkface Terus Semarakkan Patriotisme Dalam Kita Punya Malaysia versi Akustik

gempak
Maliah Surip
30/08/2021
11:20 MYT
Sponsor Banner
Bunkface Terus Semarakkan Patriotisme Dalam Kita Punya Malaysia versi Akustik
Bunkface memang dikenali sebagai sebuah band yang selalu melahirkan karya mengikut situasi semasa.
Salah satu karya Bunkface yang cukup ikonik dengan bulan kemerdekaan sekaligus menjadi lambang patriotisme mereka adalah Kita Punya Malaysia. Lagu ini malah diangkat sebagai Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 dan 2019.
Kini Bunkface kembali dengan melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul Kita Punya Malaysia versi Akustik.
Mengambil kira suasana kemerdekaan tahun ini dengan keadaan negara masih lagi “berperang” dengan virus Covid-19, Bunkface mengambil langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai.
Lirik lagu ini yang juga ditulis oleh vokalis kumpulan Bunkface, Sam.
“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotisme dalam kalangan peminat dan pendengar muzik kami.
"Walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang," ujarnya.
Sementara itu menerusi laman sosial Instagram rasmi @bunkfaceband, kumpulan yang dianggotai tiga pemuzik ini juga berharap agar pelancaran semula lagu tersebut pada bulan kemerdekaan Malaysia dapat memberi impian baharu.
"Buat Malaysia tercinta, terima lah sedikit karya lama yang diberi impian baru. Kami mendoakan agar negara kita dapat kembalii merapatkan saf bersama," tulis Bunkface.
Lagu Kita Punya Malaysia versi akustik telah dilancarkan pada pukul 12 pagi 27 Ogos lalu di seluruh platform rasmi Bunkface.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live