HIBURAN

Buntu Nak Masak Apa Untuk Suami, Intan Najuwa Tanya Pendapat Netizen - “Suruh ChatGPT Je…”

Asyraf Roslan 09/06/2025 | 07:55 MYT

Pelakon, Datin Intan Najuwa mencuri perhatian warganet apabila meluahkan kebuntuannya untuk memikirkan menu masakan harian buat suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Intan secara jujur meminta bantuan daripada para pengikutnya untuk mencadangkan idea menu masakan Melayu atau Barat.

“Guys, please help me. Nak minta bagi idea menu masakan Melayu boleh, western pun boleh, kongsi dengan sini guys.
“Kepala ku dah buntuk, saya dah macam Master Chef ya. Dapat sumai memang hari-hari makan kat rumah,l Lunch lain, Dinner lain. Segala menu kita dah khatam dah,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan Intan untuk menggunakan teknologi seperti ChatGPT untuk memberi idea.
Malah ada juga yang turut berkongsi jenis masakan yang boleh dibuat dan meminta untuk Intan rujuk kepada menu-menu yang pernah dimasak oleh pempengaruh seperti Khairul Aming dan Che Nom.
“Suruh chatgpt je fikirkan intan! i punya menu pun chatgpt yang susun kan
“Intan...tanya ChatGPT...saya kalau dah buntu nak masak apa...saya tanya chatgpt 🤣. Lauk lauk kampung mmg sedap.
“Datin boleh scroll TikTok cari resepi hari2 haha sbb saya pun mcm tu 😭 nak masak je scroll dulu
“Tanya jela chatgpt sis
“Tengok ig KA dgn Che nom je lah senang.
“Buat segala menu KA share,” komen netizen.
#makan #Datin Intan Najuwa #Lauk #Menu Masakan