Bunuh Kerat Lapan, Bekas Banduan Akhir Insaf, Mahu Berbakti
Awani
21/10/2024 01:50 MYT
21/10/2024 01:50 MYT
Pembunuhan yang dilakukan dengan mengerat mangsa kepada lapan bahagian sesuatu yang amat dahsyat dan tidak boleh dimaafkan, malah amat disesali Khairul Anuar Zakaria, 64.
Peluang Kedua
Namun, dia yang sudah insaf mahu membuka 'buku baharu' dengan menjadi insan yang berbakti kepada bangsa dan agama.
Bekas pengurus jualan itu berkata, pengalaman menjalani hukuman penjara selama 23 tahun banyak mengajarnya erti kesabaran malah bersyukur diberi peluang mendalami ilmu agama.
Bekas pengurus jualan itu berkata, pengalaman menjalani hukuman penjara selama 23 tahun banyak mengajarnya erti kesabaran malah bersyukur diberi peluang mendalami ilmu agama.
Pada 22 September 2008 Khairul Anuar, dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, 38, dengan tubuh mangsa dikerat lapan bahagian.
Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Ariffin Ahmad, 47, dan Muhammad Zaidi Salleh, 42, dibebaskan setelah didapati tidak bersalah.
Mengikut pertuduhan, Khairul Anuar didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Datuk Kumbar, di sini antara pukul 5 pagi hingga 6.35 pagi, 4 Jun 2001.
Khairul Anuar kemudian mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah pada Mei 2018 dan status banduan akhir berubah kepada banduan hayat.
Seterusnya pada Februari 2024, kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Alor Setar semula kerana kerajaan memansuhkan hukuman hayat ke atas semua banduan di penjara dan hukumannya digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap iaitu pada 2001
Dia selesai menjalani hukuman dan dibebaskan pada 3 Oktober lalu.

Insaf, Ambil Iktibar Perbuatan Lalu
Mengulas lanjut, Khairul Anuar, berkata dia yang menyesali perbuatannya mengakhiri nyawa seseorang telah mengubah hidupnya dan kini mahu orang lain mengambil iktibar atas apa yang terjadi kepadanya.
“Perkara itu memang berlaku dan pelaku adalah saya sendiri tetapi hari ini saya sudah menjalani hukuman itu... saya dah lepas hukuman itu, saya bukan lari keluar penjara. Saya dibebaskan yang pertama Sultan Kedah sendiri berkenan ampunkan saya daripada BA (banduan akhir) kepada banduan hayat... telah terkeluar daripada tali gantung.
“Selepas itu kerajaan putuskan pula hukuman hayat dimansuhkan di dalam negara digantikan dengan hukuman panjang antara 30 hingga 40 tahun penjara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Pinang, pada Ahad.
Bapa kepada sembilan anak ini berkata, kehidupan di sebalik tirai besi banyak mengajarnya menjadi manusia yang berguna dan berharap masyarakat dapat menerimanya.
Dia yang senang disapa dengan panggilan ‘Abah’ berkata sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berbakti kepada ibunya yang kini sudah berusia 84 tahun.

“Peristiwa yang paling menyayat hati saya hari ketika hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, emak saya menangis sampai jatuh pengsan di dalam mahkamah... dia tak boleh terima... dia sampai pegang kaki hakim. Saya rasa itu kesalahan paling besar pada emak saya.
“Tetapi hari ini Alhamdulillah Allah telah beri saya peluang keluar,” katanya.
Khairul Anuar berkata dia berhasrat untuk terus memberikan motivasi kepada bekas banduan yang pernah menjadi anak didiknya semasa di penjara sebelum ini.
“Bagilah ruang kepada saya untuk membimbing anak bangsa saya untuk meniti akhir usia saya sebab di dalam sana saya telah melalui (hukuman),” ujarnya.
Sumber: Astro Awani