Hiburan
“Bunuh Orang & Berlumur Darah, Best!” - Nia Atasha Sahut Cabaran Cerita Seram
Model, pelakon dan bekas pengacara HLive, Nia Atasha Rosli menyahut cabaran melakonkan watak seram walaupun dia tidak pernah menonton genre hantu.
Menurut Nia, inilah pertama kali dia melakonkan watak seram menerusi sebuah drama chat terbitan Astro Gempak, Ada Sesuatu Dalam Rumah.
“Sejujurnya saya tak tengok cerita hantu tau dan bila dapat skrip untuk watak Diana ni, saya tertarik sebab saya tak pernah buat dan mahu mencuba.
“Satu benda pasal cerita seram ni dia banyak bermain dengan emosi sebab tengah takut, baru lepas bunuh orang, berlumur darah, pada saya pengalaman ni sangat cool dan best,” ujar Nia ketika dihubungi Gempak.
Tambah Nia lagi, dapat bergandingan dengan Mas Khan dan seluruh tenaga produksi memberikannya pengalaman baru dalam melakonkan naskhah seram.
“Jangkaan saya mula-mula ingatkan akan mengambil yang lama tapi rupanya kami habis dalam masa dua jam sahaja.
“Drama Chat ni memberikan impak pada saya dan saya timbul minat untuk buat cerita seram lagi selepas ni,” jelasnya lagi.
Drama Chat Ada Sesuatu Dalam Rumah mengisahkan seorang kekasih (Nia Atasha) yang telah membunuh isteri teman lelakinya (Mas Khan). Apakah motif kejadian sehingga mereka sanggup bertindak kejam?
Tonton drama pendek berdurasi empat minit ini di saluran YouTube dan Instagram Astro Gempak.
Must-Watch Video