Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Bunuh Rasa Sayang, Ara Johari Racun Hati

Kamaruddin Razal
30/10/2019 11:29 MYT
Selepas berjaya meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-33 Februari lalu, bintang berbakat besar, Ara Johari kembali dengan sebuah lagi lagu balada rock berjudul Racun Hati.

Bersesuaian dengan suara Ara, lagu ini menceritakan tentang seseorang yang kehilangan pasangan sehingga sanggup meracuni hatinya dengan membunuh rasa sayang terhadap orang baru yang lain kerana terlalu mencintai pasangannya yang telah pergi.

Digubah oleh Amy Bong dan disulami lirik nukilan Ziin serta Amy Bong sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu-lagu Ara sebelum ini.

Ara yang memang dikenali dengan lagu berentak balada rock mempunyai himpunan peminatnya sendiri yang senantiasa ternati-nanti buah tangan terbaru darinya.

"Lagu Racun ini merupakan hasil nukilan dari Amy Bong dan sedikit sentuhan daripada Ziin, beliau berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang di luar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio," kaat Feros selaku Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records.


Lagu Racun Hati ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Racun Hati’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network dan ia menampilkan pelakon yang sedang mencipta populariti, Ben Amir.
#Penyanyi #Penyanyi #Ara Johari
;