Pelakon dan pengacara Karl Shafek terkejut dan panik apabila terperangkap di dalam pusat beli-belah Mid Valley ketika kebakaran berlaku malam tadi.
Kata Karl, 37, dia bersama temannya tidak menyangka siren kecemasan yang dibunyikan tanpa henti sekitar pukul 7 petang semalam adalah amaran untuk mengosongkan bangunan.
"Ingatkan fire drill, tapi pelik pula kalau pengurusan buat fire drill ketika hujung minggu dan ramai pengunjung.
"Siren itu dibunyikan agak lama dan saya lihat semua premis menutup kedai tergesa-gesa dan meminta pengunjung untuk keluar dari bangunan.
"Malah, pengumuman juga dibuat dalam keadaan panik.
"Lantas, saya menyegerakan urusan di sebuah butik pakaian di tingkat lima Mid Valley ketika itu dan berlari keluar daripada bangunan. Semua orang tergesa-gesa bertempiaran mencari jalan keluar ketika itu.
"Saya sendiri pun blur tiba-tiba. Mungkin sebab tak pernah lalui situasi sebegini.
"Dalam kepala saya hanya mahu keluar daripada bangunan kerana risau kebakaran menjadi lebih buruk. Memang takut dan panik!" katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Karl bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari pintu tengah dan keluar dari premis itu sebelum anggota bomba tiba pada pukul 7.30 petang.
Selepas lima bulan, pusat beli-belah Mid Valley sekali lagi digemparkan dengan kebakaran kecil yang berlaku di sebuah kedai serbaneka aras LG petang semalam.
Bagaimanapun, punca kejadian masih dikenal pasti.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto & Video: Karl Shafek
Amri Hassan
Sun Oct 08 2017
Tagih Duit Raya Untuk Anak, Rakan Jadi Mangsa Spam Kod QR - “Jagalah Air Muka…”
Seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir individu dewasa dirasakan seperti ‘menagih’ duit raya untuk anak-anak mereka.
Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin - “Ikutkan Saya Nak Ke Hospital Swasta Lain Tapi…”
Semoga dipermudah.
Rakaman Video Banglo Kosong 'Retro' Raih Perhatian Tengku Ampuan Pahang - “Untuk Dijual Ke?”
Sepotong video yang merakamkan kawasan di sekitar rumah agam kosong di Bukit Tunku Kuala Lumpur berjaya meraih perhatian Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta
Beverly Hills diketahui menjadi pilihan banyak selebriti terkenal Hollywood dan Lisa didakwa membeli mahligai di sebuah kawasan tersorok.
Bengang Dengan Kekasih, Influencer Bunuh Diri Sewaktu Bersiaran Secara Langsung
Seorang influencer muda dari Indonesia, Meli Joker mengejutkan pengikutnya apabila melakukan aksi bunuh diri sewaktu bersiaran langsung di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
Sheriff: Ramai Dah Tak Sabar! Tayangan Awal Bermula Hari Ini, Dapatkan Tiket Sekarang
Sheriff memang power! Best!
5 Iklan Raya Paling Meruntun Hati, Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar!
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri.
Tampil Dengan Imej Berhijab, Lana Nodin Masih Dalam Fasa Percubaan - “Saya Bersama Keluarga Berubah Ke Arah Lebih Baik”
Alhamdulillah...
Sofia Jane Teruja Bawa Watak Zaiton Dalam Filem ‘Mencari Ramlee’ - “Bila Dapat Skrip, Saya Suka Kerana…”
Tak sabar nak tengok!
Kes Tertinggal Flight Sebab Boarding Pass Tak Tunjuk AM-PM, Zarul Umbrella; "Benda Simple Selalu Kita Lalai..."
Gara-gara tersilap melihat paparan waktu di tiket kapal terbang, seorang pelajar yang berasal dari Sabah tertinggal penerbangan. Perkara itu terjadi apabila tiket penerbangan yang disangkakan dijadualkan pada jam 1.15 tengah hari (PM) rupa-rupanya adalah pada jam 1.15 pagi (AM). Kisah yang terjadi pada gadis berkenaan dikongsikan oleh abangnya