Hiburan
Burger Bakar Maya Karin Dapat Sambutan... "Ramai Pula Yang Tanya Nak Lagi"
Pelakon Maya Karin memanfaatkan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjual burger bakar.
Biarpun pada mulanya burger bakar itu dihasilkan Maya untuk diagihkan kepada jiran, air tangannya itu tiba-tiba mendapat sambutan hangat.
"Minggu lepas buat burger bakar untuk jiran-jiran, ramai yang rekomen kat kawan-kawan dan family.
"Ramai pula yang tanya nak lagi, 'boleh beli tak?'.
"Banyak juga dijual dalam beberapa hari ni.
"Semalam order masuk untuk staff office sampai 24 biji burger. Hari ni, order 60 sekali!" kongsi Maya teruja.
Menariknya, proses menghasilkan burger bakar itu dilakukan sendiri oleh Maya dan dinamakan #burgembira.Last week buat burger bakar untuk jiran2, ramai yg rekomen kat kawan2 dan family. Ramai pulak yang tanya nak lagi, “boleh beli tak?” Banyak juga dijual dalam beberapa hari ni. ?Semalam order masuk utk staff office sampai 24 burger. Hari ni, order 60 sekali!! #burgerbakar pic.twitter.com/a8iJ1cX3a0— Maya Karin (@maya_karin) April 10, 2020
Aktiviti Maya itu mendapat pujian ramai dan memuji kesungguhan pelakon itu untuk mengusahakan bisnes ketika tempoh PKP.
Must-Watch Video