Laman Utama

Burgernita Bantu Wanita Jana Pendapatan, Pilih Zarina Zainuddin Sebagai Jurucakap Projek

gempak
Fiza Kamarudin
17/04/2021
12:50 MYT
Sponsor Banner
Burgernita Bantu Wanita Jana Pendapatan, Pilih Zarina Zainuddin Sebagai Jurucakap Projek
Penularan Covid-19 memberi kesan kepada banyak pihak sehingga ramai yang hilang punca pendapatan.
Keadaan tersebut telah mendorong Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) melancarkan program platform perniagaan bersepadu, Burgernita.
Usaha tersebut diambil untuk membantu dan memperkasakan golongan wanita yang terkesan serta mahu menambah pendapatan.
Dengan konsep “Daripada Wanita untuk Wanita”, Pengerusi Kelab Wanita Ikon Malaysia, Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed berkata pemilihan perniagaan ‘burger’ ini dibuat setelah mengkaji serta meneliti keadaan ekonomi dan pasaran semasa. “Kami telah mengkaji secara menyeluruh kelestarian model perniagaan serta tahap kemampuan dan kesediaan para peserta bagi memastikan wanita-wanita yang memerlukan.
“Terutamanya dari kumpulan B40 dan kumpulan terpinggir sepertibekas banduan, dapat kita bantu untuk menjana pendapatan secara berterusan,” katanya.
Selain keunikan dari segi konsep model perniagaannya yang terdiri daripada pelan sokongan yang bersepadu dan menyeluruh, ‘Burgenita’ turut mempunyai produk heronya tersendiri iaitu ‘Burger Sarang Burung’.
Menariknya, resipi dan sos telah dicipta khas dan bakal menjadi tarikan bagi orang ramai yang pasti ingin mencuba kelazatan burger ini.
Sementara itu pelakon popular tanah air, Zarina Zainuddin turut dipilih sebagai jurucakap projek ini. Dalam pada itu Ketua Komersil Mahsuri Food Sdn Bhd, Mohd Jazri bin Ikmal Hijaz selaku wakil penaja utama, berkata, bantuan jangka masa panjang lebih bermanfaat berbanding yang bersifat sementara.
“Adalah lebih bermanfaat untuk memberi sesuatu yang boleh digunakan dalam jangka masa panjang dari memberi sesuatu yang hanya bersifat sementara.
“Inilah fokus Mahsuri Food Sdn Bhd dalam membina kerjasama dengan Kelab Wanita Ikon Malaysia melalui program Burgernita, kami ingin memperkasakan wanita dengan membantu mereka untuk menjana pendapatan melalui perniagaan.
“Wanita dari kumpulan B40 akan diberi pengetahuan dan pengalaman mengendalikan perniagaan melalui program ini membuatkan kami tertarik untuk turut serta dalam menyumbangkan produk untuk digunakan dalam penyediaan salah satu menu burger yang akan dijual kelak. “Mahsuri menjanjikan tahap kesenangan dan kelazatan tertinggi melalui masakan yang menggunakan produk Mahsuri,” katanya.
Burgernita turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyokong projek ini dengan mengunjungi gerai-gerai yang akan dibuka.
Senarai lokasi gerai-gerai Burgenita dan maklumat lanjut boleh didapati di Instagram @Burgernita_official dan Facebook: Burgernita Official.
Orang ramai juga boleh turut sama menyumbang bagi membuka lebih banyak ruang kepada ramai lagi wanita yang ingin menyertai program ini bagi meneruskan kelangsungan ekonomi keluarga mereka.
Sumbangan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang ikhlas.com melalui pautan https://ikhlas.com/sadaqah/en/kelab-wanita-ikon-malaysia atau melalui laman sesawang burgernita.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live