Aura seorang pesohor seperti Shah Rukh Khan memang tidak akan terpadam. Bayangkan hanya pada hari ulang tahun, lautan peminat membanjiri kediaman bintang tersebut sehingga jalan berdekatan menjadi sesak.

Mereka datang dari pelbagai pelusuk kawasan hanya untuk melihat Shah Rukh Khan berdiri, melambaikan tangan dan menyapa mereka dari balkoni rumah seperti kebiasaan.

Sambil itu, sepanjang masa lagu Happy Birthday didendangkan oleh lautan peminat buat figura kesayangan yang menyambut ulang tahun ke-57 pada 2 November lalu.

Situasi itu dirakam dan dikongsikan Shah Rukh Khan dalam sebuah video yang dikemas kini di Twitter miliknya.

“Terima kasih kerana telah berada di sini dan menjadikan hari saya sangat istimewa. Ia amat bermakna, sayang anda semua,” ujar Shah Rukh Khan seperti dilaporkan TimesofIndia.

Selain menyapa peminat, dia juga mengambil foto selfie dan meninggalkan pesan yang berbunyi: “Sangat terharu bersama lautan cinta dan manusia yang telah disebarkan pada ulang tahun saya.”

Sambutan ulang tahun tersebut telah mulai diraikan pada malam hari kelahiran ke-57nya dengan Shah Rukh Khan muncul di depan rumah melambai kepada semua yang menanti sekitar pukul 12.10 pagi waktu tempatan.

Sebelumnya, bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa yang terletak di Dubai juga mempamerkan ucapan khas buat Shah Rukh Khan yang selamat mencapai usia 57 tahun.

“Selamat Ulang Tahun Shah Rukh Khan, kami menyayangimu,” tulis ucapan dengan emoji dan wajah bintang tersebut sedang tersenyum.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!