Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“The Burnout Is Real” - Perlukan Masa Bersama Keluarga & Diri Sendiri, Faizal Tahir Mahu Berehat Panjang

Azwa Rahman
19/04/2021 12:16 MYT
Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mengumumkan dirinya akan berehat panjang selepas hari raya Aidilfitri kerana mengalami masalah ‘burnout’ yakni keletihan fizikal dan mental yang disebabkan oleh tekanan berpanjangan.

Menerusi laman sosial Instagram, Faizal berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum.

“Saya bekerja tanpa henti sejak Assalamualaikum pada tahun 2015, Anatomi, Rojak, Qibla dan pelbagai lagi projek. Alhamdulillah, tapi saya dah kehilangan banyak tenaga - the burnout is real.

“Saya akan mengambil cuti panjang selepas raya. Saya perlukan waktu untuk bersama keluarga dan juga diri sendiri,” tulisnya menerusi hantaran terbaru.

Tambah Faizal lagi, dia masih berada di dalam industri seni dan akan aktif menulis dan menghasilkan lagu cuma bukan untuk dirinya sendiri.

A post shared by FT (@faizal_tahir)


Malah naib juara program realiti nyanyian One In A Million itu juga mengambil ruang tersebut untuk menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadapnya sepanjang perjalanan kariernya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama saya sepanjang perjalanan ini. Sama ada anda bersama saya sejak hari pertama atau baru sahaja menyokong saya, terima kasih daripada hati saya yang paling dalam,” tulisnya lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikut memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Faizal untuknya berehat.

“Jangan lama sangat ya bro, take care. Ramadan kareem,” tulis ustaz Fakhrul UNIC.

“Gonna miss you bapak,” kata Nabila Huda.

“All the best in your future undertakings abangku,” ujar Uyaina Arshad.

“Taking a break is good but continue doing what you do best FT,” sokong Catriona Ross.

“Jangan rehat lama-lama FT,” komen Nora Danish.

Sehingga kini, perkongsian Faizal itu telah mendapat hampir 30,000 tanda suka daripada wargamaya.

#Faizal Tahir #Burnout #Penyanyi lelaki
;