,
Hiburan

Buruk Sangat Ke Gambar Saya Pakai T-shirt? - Almy Nadia

Ahmad Shah
19/10/2015
17:02 MYT
Pelakon Almy Nadia telah memuatnaik satu foto bersama anaknya di akaun Instagram dengan niat untuk berkongsi aktiviti harian yang dilakukan.
Foto tersebut menampilkan Almy yang tidak mengenakan sebarang alat solek dan hanya memakai baju t-shirt berwarna biru sambil memeluk anaknya perempuannya, Nur Afriana Ariana.
Namun lain pula jadinya apabila salah seorang pengikut Instagramnya telah mengkirtik cara penampilan isteri kepada pelakon Fizz Fairuz itu seolah-olah pakaian yang dipakainya terlalu selekeh.
Malah pengikut itu juga turut memberikan pandangan bahawa sebagai seorang selebriti, Almy sepatutnya lebih peka dan sentiasa menjaga imejnya seperti yang sering dilakukan aktres Rozita Che Wan (Che Ta).
Terkesan dengan teguran itu, Almy kemudiannya membalas komen tersebut dan meminta supaya tidak membandingkan dirinya dengan Che Ta.
Tidak cukup dengan itu, Almy juga turut memuat naik satu lagi foto beserta luahan hati mengenai sikap sesetengah pihak yang gemar mengkritik tanpa mengetahui keadaan sebenar.
“Ok mai nak cita sikit pasai gambaq nih ok... Ms nih tghari td,sy potong sengkuang dlm 100kilo .. Utk kami jual sengkuang dip.. Yg bahagian potong kami yg potong.. Blakang tu kami jual kurta fizz fairuz ngan baju t shirt... Jd nak bgtau mai.. Kami ni nih kat #pestapantai #pantaibatuburuk #terengganu.
“Kami pakai bjubkurung kedai sbb hari jumaatkan.. Takkan nak pakai tshirt berbagai.. Hari jumaat hari penghulu segala hari.. Jd kita pakai sopan.bukan maksud hari lain bak pakai seksi tak,tp kami hormat.. Jd hari jumaat ja pakai baju kurung.
“Lagi 1 nak bgtau.. Kami nih tau kami gemok.kami tak suka makaup meletop2 sbb iami nih meniaga tgh panas.. Nnt makeup kami cayaq.memang artis kena jg penampilan.
“Tp artis pun manusia biasa jgk.. Kami habaq betoi,kami makeup pun hanya pakai pipi merah,maskara,buat kening dah bg kami.Sbb sat nih makeup tebai2 dok buat keja kelautrina jgk makeup.
“Jadi sbb tu kami jg kulit muka kami biaq la org nak ckp apa pun.. Lantak p...janji kami happy.. Ending story.. Kami tak la kurus lg.. Tp baju nih dah longgaq bnyk kat kami,cuma tang perut ja nak kena kuruskan lg.. Dan ending story lg.kami tak suka makeup,buat natural sudah. Ok. #taksukatoksahdokfollowkami #naksakitkanhatiorgbolehblah #kamihappy.” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen foto tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat dan rata-ratanya meminta supaya Almy tidak mempedulikan komen-komen negatif yang diberikan.
Teks Oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fizz Fairuz Jernihkan Persoalan Tentang Jantina Anak Kelima! - "Kami Telah Dikurniakan..."

gempak
23/09/2024
05:25 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz selamat menimang cahaya mata kelima, baru-baru ini.
Hiburan

Fizz Fairuz, Almy Nadia Selamat Timang Anak Kelima

gempak
18/09/2024
04:26 MYT
Menerusi hantaran tersebut, Fizz meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi segala proses kelahiran telah berjalan dengan lancar.
Laman Utama

[VIDEO] Fizz Fairuz Pelik Almy Nadia Kena X-ray Muka Di Hospital Sebab Batuk, Jawapan Netizen Ada Betulnya!

gempak
06/06/2023
03:34 MYT
Muka Almy Nadia pula kena x-ray?
Laman Utama

“Kalau Fikir Pasal Kurus, Risau Dia Akan…” - Fizz Fairuz Ada Alasan Tersendiri Tak Mahu Isteri Turun Berat Badan

gempak
17/02/2023
12:00 MYT
Fizz ada sebab tak paksa Almy kurus
Laman Utama

"Biarlah Saya Suka Dia Macam Tu"- Fizz Fairuz Pernah Halang Almy Nadia Nak 'Potong Usus'

gempak
02/02/2023
04:07 MYT
Almy Nadia Pernah Nak 'Potong Usus'
BorakSeeni