Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”

Mya Amri
06/05/2024 04:55 MYT
Pelakon, Afifah Nasir baru sahaja melangsungkan pernikahannya dengan jejaka pilihan, Syed Hariz pada petang Ahad.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen bukanlah majlis pernikahan itu sebaliknya busana digayakan Afifah ketika acara berlangsung.

Busana cantik tapi tak sesuai

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan kurang selesa melihat rekaan busana nikah Afifah yang dilabelkan sebagai seksi kerana sedikit terdedah dibahagian dadanya.

Malah mereka juga mengatakan Afifah sepatutnya memilih busana yang lebih sopan dan bersesuaian dengan majlis akad nikah.

Antara komen yang diterima:







BERITA TRENDING: Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!


BERITA TRENDING: Afifah Nasir Dilamar Syed Harris Atas Pesawat Ringan!


Sekadar info, Afifah selamat mengikat tali pertunangan dengan Hariz, pada Februari lalu.

Kredit foto: Glam Malaysia
#Kahwin #Nikah #Netizen #Afifah Nasir #Seksi #Busana #Baju Nikah
;