Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Busuk Hati Jiran Beli 2 Kereta, Lelaki Simbah Asid

Gempak
29/09/2024 21:55 MYT

Seorang lelaki di wilayah Jambi, Indonesia nekad merosakkan dua kenderaan milik jirannya dengan menggunakan asid kerana dengki mangsa hidup mewah.

Simbah asid ke kereta

Menurut lapor portal berita Abata News, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kabarjambiupdate memaparkan suspek menghampiri rumah mangsa.

Dia kemudian menyimbah asid pada dua kenderaan berwarna putih dan hijau yang diletakkan di hadapan rumah mangsa.

BERITA TRENDING: Kemelut Antara Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berakhir, Sudah Capai Penyelesaian Cara Baik - "Kami Pernah Terlibat Dalam Pergaduhan..."

​BERITA TRENDING: “Baby Tak Sabar Nak Tengok Dunia” - Eyra Hazali

​BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti

​BERITA TRENDING: Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia

Perbuatan itu dilakukan kerana dendam dan busuk hati terhadap kemewahan yang dimiliki mangsa,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.

“Orang beli kereta dia yang panas.

“Kalau dah ada penyakit macam ini, dia susah tengok orang senang dan suka tengok orang susah,” sindir beberapa netizen.

Sumber: Kosmo

#Kereta #Dengki #Beli #Simbah #Asid
;