Viral
Butik Pakaian Tutup, Wak Doyok Lelong Baju RM1 & Beri Percuma Kepada Frontliner
Pelakon dan selebriti media sosial Wak Doyok memutuskan untuk melelong stok jualan serendah RM1 ekoran penutupan butik pakaiannya, Starvilion selepas tiga tahun beroperasi.
Selain itu, kata Wak sebanyak 5,000 pasang baju Melayu akan diberikan percuma kepada frontliner sebagai tanda menghargai sumbangan mereka sepanjang COVID-19.
"Sedih rasa di hati tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama 3 tahun di Starvilion.
"Susah bila keadaan terus menduga macam ni. Wak nak bagi perintah tutup company pun sedih, tak sampai hati.
"Starvilion akan clear kan semua stock yang ada, lelong serendah RM1! Wak pun akan sedekahkan 5 ribu pasang Baju Melayu Wak Doyok secara percuma di butik @starvilion dan di website www.starvilion.com.
"Kepada frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma," kata Wak.
Butik pakaiannya itu akan ditutup sementara dan dijangka akan memulakan semula operasi dengan konsep berbeza.
Must-Watch Video