Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Butik Sewa Pakaian Bidas Syafiqa & Syida Melvin - “Ada CCTV, Memang Dah Tampal Kanak-Kanak Tak Dibenarkan Masuk”

Mya Amri
30/01/2024 09:50 MYT
Sebuah butik menyewa pakaian tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan tiada sikap tolak ansur terhadap usahawan Syafiqa dan Syida Melvin.

Menurut butik tersebut, peraturan tidak boleh membawa masuk budak ke dalam premis berkenaan sudah pun dilaksanakan sejak bulan Januari tahun 2022 bagi tujuan keselesaan para pelanggan.

Malah pihak butik itu juga berharap tidak ada pihak yang akan mempertikaikan mengapa peraturan tersebut dibuat.

“Kita dah update lama, dari Januari 2022 lagi peraturan ini dah berjalan.. Boleh lihat pin post di atas ya.

“Boleh WhatApps dulu untuk T&C. Dalam T&C dah tulis jelas hitam putih tentang isu ini. Maaf lagi..

“Kami tegaskan lagi sekali, kanak-kanak dari pihak mana-mana pun memang kami tak bagi masuk, adil dan saksama.

“Ada butik kena buka kasut, ada butik boleh pakai kasut. Ada butik kena appointment, ada butik ada limit try baju. Ikut je peraturan mana-mana butik yang anda pergi,” jelas kenyataan tersebut di Instagram.

A post shared by BAJU SEWA RENTAL DRESS DINNER (@femmes.glemmer)

Dalam masa yang sama, pihak butik itu juga menegaskan mereka mempunyai bukti sudah pun menampal notis informasi mengenai peraturan berkenaan di setiap sudut premis tersebut.

“Dekat butik ada cctv, kami boleh tunjuk kami memang dah tampal kanak-kanak tidak dibenarkan masuk bila anda naik ke butik.

“Dah tampal dekat tangga, dekat pintu butik, auto WhatsApp, post IG, semua dah tulis sana sini,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Syida & Syafiqa Melvin Bengang, Layanan Kedai Sewa Pakaian Biadap! - “Tak Bagi Bawa Masuk Budak, Anak Aku Tengah Tidur”



Terdahulu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa dan Syida meluahkan rasa geram terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian.

Menerusi video tular di TikTok, Syida mendedahkan butik berkenaan tidak membenarkan mereka membawa masuk kanak-kanak ketika memilih pakaian.
#Viral #Isu #Tular #Syafiqa Melvin #Syida Melvin #Butik Sewa Pakaian