Menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura, Nusa Fest merupakan sebuah festival yang bakal menyaksikan kemunculan band-band dan penyanyi solo hebat tiga negara.

Bakal berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2020, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 3 petang di Bandar Malaysia, Sungai Besi, pastinya peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival.

Untuk dua hari, penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.



Dibawakan oleh Shiraz Projects, fasa pertama mengumumkan kemunculan Butterfingers, Caprice & Badboi, Cita Citata, Exists Reunion, Gerhana Skacinta, Joe Flizzow, Kelompok Penerbang Roket, Maliq & D’Essentials serta Padi Reborn.

Bukan hanya berhibur di pentas muzik, pastinya suasana festival ini akan menyediakan sebuah rasa ‘rumah kita’ dengan makanan tiga buah negara, barangan budaya, merchandise dan banyak lagi. Juga akan disediakan ruangan kanak-kanak buat famili yang datang berkunjung ke festival hiburan dan seni ini.

Tiket berharga RM100 (sehari) dan RM175 (dua hari) dijual untuk 'early bird' manakala tiket normal pula beharga RM125 (sehari) dan RM200 (dua hari) dan tiket VIP berharga RM800 (dua hari) dijual bermula 16 Januari 2020 di www.myticket.asia.

Barisan artis fasa kedua akan diumumkan pada 27 Januari 2020 dan pastinya ramai teruja melihat barisan artis penuh Nusa Fest selepas pengumuman tersebut dibuat.

Presenting to you our first phase line up for NUSA FEST 2020! Featuring: BUTTERFINGERS CAPRICE & BADBOII CITA CITATA EXISTS REUNION GERHANA SKACINTA JOE FLIZZOW KELOMPOK PENERBANG ROKET PADI REBORN MALIQ & D'ESSENTIALS More to be announced!! ? Stay tuned with us. Tickets are on sale tonight at 9 PM, 16th January 2020 onwards! • Ticket available only at www.myticket.asia Ticket Hotline: +603 8605 0195 Info Hotline: +6012 256 0082 • NUSA FEST 7 & 8 March 2020 | 3.00 PM Bandar Malaysia, Kuala Lumpur • #NusaFest #ThisIsNusaFest #NusaFestMY #MusicFestival #Nusantara #ShirazProjects #KualaLumpur #2020

A post shared by Nusa Fest (@nusafest.my) on