Bye BBNU, Lagends Take Over! Ini Senarai Lagu GV7 Yang Bakal Gegarkan Malam Anda Hari Ini

Mya Amri
Oktober 11, 2020 06:45 MYT
Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum 14 bintang Gegar Vaganza 7 (GV7) membuka tirai untuk konsert pertama malam ini.
Bintang yang dimaksudkan adalah Mus, Noraniza Idris, Yantzen, Ayu Damit, Rozita Izlyn, Haslienda, Linda Nanuwil, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) dan Nomad.
Sementara dua lagi bintang yang melengkapkan 14 bintang GV7 terdiri daripada dua buah kumpulan popular era 90an, iaitu Indigo dan Eva.
Bertemakan Grand Concert, konsert pertama ini dijangka menghangatkan pentas dengan lontaran vokal dan persembahan hebat daripada 14 bintang berkenaan.
Jika anda sudah bersedia, di sini Gempak kongsikan senarai lagu minggu pertama konsert GV7,
Yantzen – Tiada Lagi Aku dan Insan
Ashira – Di Ombak Resah
Nomad – Tetap Menantimu
Aju Success – Ku Basuh Luka Dengan Air Mata
Haslinda – Sehati Sejiwa
Cliff Umar – Wanita Seluruh Dunia
Kumpulan Eva – Bulan Cinta
Indigo – Istimewa
Rozita Izlyn – Dunia Kita Berbeza
Oja – Dasira
Ayu Damit – Hanya Di Mercu
Noraniza Idris – Dondang Dendang dan Dikir Puteri
Mus – Sendiri dan Biru Mata Hitamku
Linda Nanuwil – Jika Kau Kekasih
Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam, GV7 kali ini melibatkan 14 bintang.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Konsert mingguan ‘GV7’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
#GV7 #Gegar Vaganza 7