Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bye Bye Kapten Jack Sparrow, Johnny Depp Kini Jadi Raja

Maliah Surip
14/08/2022 14:50 MYT
Johnny Depp bakal muncul dengan filem terbaharunya selepas melalui episod hitam dan kontroversi panjang bersama mantan isterinya, Amber Heard.

Selepas banyak rumah produski hilang kepercayaan dan menggugurkan bintang berusia 59 tahun ini dari projek kerja sepanjang kes fitnah dirinya mengasari Heard tersebar, Depp nampaknya siap untuk kembali bekerja.

Depp dipercayai akan membawa karakter seorang raja penuh kontroversi pada zaman kegemilangan pemerintahannya iaitu King Louis XV.

Butiran itu pertama kali dibocorkan oleh karyawan seni dari rumah produksi Perancis iaitu pengarah Maiwenn.

Filem tersebut diberi judul Jeanne de Barry dan menjadi naskhah pertama yang dimainkan Depp selepas sekian lama ‘hilang pekerjaan’.

Pengarah tersebut telah memuat naik foto Depp dalam karakter dan persalinan diraja dengan matanya ditutup kain berwarna hitam sebagai simbolik kepada sikapnya yang tamak dan penuh rasuah.

Memainkan watak King Louis XV membuatkan Depp seperti mengucapkan selamat jalan kepada watak ikoniknya selama ini, Kapten Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean.

Menurut laporan Jeanne du Barry menjalani penggambaran di Paris dengan menggunakan beberapa lokasi terkenal seperti Palace of Versailles sebagai latar cerita.

Ia akan mengangkat kisah Jeanne, wanita biasa yang berjaya ‘memperdaya’ sekaligus membuat King Louis XV jatuh cinta kepadanya.
#Johnny Depp
;