Penyanyi Haqiem Rusli yang baru sahaja memenangi Anugerah Bintang Paling Paling Popular ABP33 pastinya bakal membuat kelainan di Anugerah MeleTop Era 2020 nanti.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Haqiem Rusli membuat satu cabaran pada pengikut-pengikutnya.

"Jika gambar ini memiliki 30K likes dan 10K comments saya akan dress up warna pink dekat #AME2020 nanti," tulis Haqiem pada sekeping gambar yang tertulis namanya dan berlatar belakangkan warna merah jambu.

A post shared by MANAGER - 0136382215 (@haqiemrusli98_)


Dengan jumlah pengikut seramai 1.2 juta orang, pasti tidak sukar untuk mendapatkan apa yang diminta oleh Haqiem.

Setakat artikel ini ditulis, entri tersebut mendapat 54,816 tanda suka dan 20,779 komen daripada peminat-peminatnya. Rata-rata menyatakan rasa terkejut tetapi teruja untuk melihat Haqiem memakai pakaian berwarna merah jambu.



Keterujaan mereka boleh dilihat melalui satu lagi entri Haqiem di Instagram miliknya itu.

"Antara editing-editing daripada netizen di twitter,seakan akan setuju, macam mana ini gang," tulis Haqiem pada entri yang menggambarkan dia berpakaian merah jambu.

A post shared by MANAGER - 0136382215 (@haqiemrusli98_)


Anugerah MeleTOP Era bakal berlangsung pada 20 Disember ini.

Baca: Mengikut Norma Baharu, Anugerah MeleTOP Era 2020 Diadakan 20 Disember Ini

Haqiem Rusli merupakan antara penyanyi yang bakal membuat persembahan di anugerah itu nanti.