VIRAL
Cabaran Letak Lipas Di Muka… Euww! Dah Tak Ada Kerja Lain Ke?
Cabaran meletakkan lipas di muka mula melanda warga internet.
Peliknya, ramai yang menyahut cabaran itu dan berkongsi foto aksi mereka meletakkan serangga tersebut di wajah.
Sinonim sebagai serangga perosak, lipas bukan sahaja kotor, tetapi ia juga menjadi pembawa penyakit.
Kebiasaannya haiwan itu dipijak atau disembur dengan racun serangga untuk mengelakkan mereka berkeliaran atau lebih teruk lagi, terbang!

Kali ini, haiwan itu diletakkan di muka. Kegilaan apakah ini?
Cabaran ini asalnya direka oleh seorang remaja berasal dari Myanmar, Alex Yung.
Gambar lipas yang diletakkan di mukanya telah mendapat hampir 18,000 perkongsian di laman sosial.
Daripada gambar tersebutlah, ramai remaja lain yang turut mahu menyahut cabaran itu.
Netizen juga seakan-akan tidak memahami fenomena yang melanda remaja yang cuba meletakkan lipas di muka.
Cockroach challenge tak kelakar eh,hampir carut masa keluar kat feed,nampak binatang tu?— Iris? (@Nfzulkifle) May 6, 2019
WHY AM I SEEING COCKROACH ON FACES OF PPL AS A CHALLENGE DKDKDKD GODDAMN THAT SHITS DIRTYEJEJEKRJRJSKBDHDKENS— mitchy (@diminiemyg) April 29, 2019
Bongok ke letak lipas kat muka EEEYYYY AKU TAK BOLEH TERIMA COCKROACH CHALLENGE NI!!!!— bae. (@nranqhna) April 28, 2019
cane org bole buat cockroaches challenge ? ya allah, aku lipas lalu pon dah terjerit jerit mcm anjing kejaaar haihhhh— Fati (@nurul_fatihah__) April 28, 2019
Sehingga kini, cabaran ini banyak disahut oleh remaja-remaja dari Indonesia, Filipina dan Myanmar.@ that cockroach challenge pic.twitter.com/enjF1PpnmM— nabil? (@lycheeupnormal) April 27, 2019
Alhamdulillah, masih belum ada remaja dari Malaysia lagi yang menyahut cabaran ini dengan meletakkan lipas pada muka.
Must-Watch Video