HIGHLIGHTS

Cabaran MUA Bekerja Ikut SOP. “Waktu Mekap Pengantin, Jangan Ramai Penonton Ya,” – Tiar Zainal.

Afiza Kamarulzaman 23/12/2020 | 04:39 MYT
Ketika kerajaan melonggarkan PKPB dengan membolehkan majlis akad nikah diadakan, ramai pasangan mengambil kesempatan untuk meneruskan hasrat hati untuk mengadakan majlis pernikahan ketika pandemik ini. Walaupun terpasksa melalui syarat SOP ketat yang tidak biasa diamalkan sebelum ini, namun semua mereka akur.
Majlis diadakan secara tertutup dengan hanya acara wajib sahaja dibenarkan untuk dibuat, iaitu sidang akad nikah. Malah, kenduri-kendara tidak dibenarkan, hanya dibolehkan makan-makan keluarga sahaja. Walau bagaimana pun, ini tidak bermakna pengantin tidak perlu bersiap cantik.
Maka, dengan itu, khidmat jurusolek masih diperlukan di perkahwinan norma baharu ini. tiar Zainal dilihat antara jurusolek yang masih ligat meneruskan tugasan merias ratu sehari yang melangsungkan pernikahan. Apatah lagi pada hujung tahun yang semakin ramai memilih untuk menamatkan zaman solo.
#Jurusolek #MUA #Andaman