,
Laman Utama

Cabul Empat Orang Kanak-Kanak Perempuan, Guru Taekwondo Dicekup

Gempak
05/11/2023
06:55 MYT
Seorang guru taekwondo dicekup selepas didakwa mencabul empat orang kanak-kanak perempuan dalam kejadian yang berlaku di Shah Alam.
Menurut sumber, suspek berumur 20 tahun ditahan kira-kira jam empat petang di sebuah pasar raya.
Berdasarkan penjelasan yang diberi oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang ibu kanak-kanak yang berusia 9 tahun berkaitan jenayah tersebut.
Difahamkan mangsa pertama dicabul ketika berada di dalam tandas pusat mempertahankan diri berkenaan.
“Polis juga menerima tiga lagi laporan daripada tiga mangsa berbeza. Siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa adalah kanak-kanak perempuan yang berumur di antara 7 hingga 9 tahun.
“Suspek telah menjadi tenaga pengajar seni mempertahankan diri selama setahun. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK 2017),” katanya.
Selain itu, semua kejadian cabul yang berlaku dikatakan terjadi sekitar bulan September hingga Oktober lalu. Suspek juga difahamkan adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di Lembah Klang dan telah pun direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Sumber: Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kelantan Negeri Kedua Paling Selamat Di Malaysia

gempak
21/10/2024
08:50 MYT
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam hantaran di Facebooknya meluahkan rasa syukur selepas negeri ini dilaporkan sebagai kedua paling selamat di Malaysia.
Berita

Peluk, Cium Pelajar Perempuan 12 Tahun, Polis Tahan Guru Penolong Kanan

gempak
15/10/2024
12:55 MYT
Polis menahan seorang Guru Penolong Kanan sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak, bagi membantu siasatan kes cabul terhadap seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun.
Berita

Wanita Warga Emas Potong Suami Pakai Gergaji & Ubah Suai Rumah, Polis Sifatkan Kes Brutal

gempak
06/10/2024
13:55 MYT
Seorang wanita warga emas berusia 53 tahun tidak dibenarkan diikat jamin dan bakal dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Disember depan selepas ditangkap kerana didakwa membunuh suaminya.
Viral

Remaja Lumpuh Akibat Dipaksa Guru Lakukan 'Squat' 1,000 Kali

gempak
05/10/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki disahkan mengidap penyakit rhabdomyolysis atau kerosakan otot sehingga mengancam nyawanya selepas dipaksa melakukan senaman 'squat' sebanyak 1,000 kali.
Berita

Bas Sekolah Terbakar Diubah Suai Tanpa Kebenaran

gempak
04/10/2024
02:55 MYT
Jabatan Pengangkutan Darat Thailand mendedahkan bahawa pengendali bas sekolah yang terlibat dalam kemalangan maut baru-baru ini di Vibhavadi Rangsit Road didapati telah melakukan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran.
BorakSeeni