Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
TERKINI

"Cabut Dah Hijab..Bagus Jadi Diri Sendirikan .." - Hanya Pakai Topi, Liyana Jasmay Undang Kecaman Netizen

Zulaikha Yusof 17/04/2019 | 04:52 MYT
Pelakon Liyana Jasmay menerima kecaman netizen kerana hanya memakai topi menggantikan tudung ketika menjalankan sebuah penggambaran telemovie.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, semalam.
Rata-rata pengikut Liyana di IG menjadi 'mak cik bawang' kerana gayanya seolah tidak memakai tudung.
Namun, Liyana hanya mendiamkan diri dengan tidak membalas semua komen mengenai isu tersebut.
Walau bagaimanapun, selang beberapa jam Liyana telah memuat naik sekeping foto mengenakan hijab berwarna hitam.
Sekadar info, Liyana mula mengenakan hijab pada tahun 2017.
#Liyana Jasmay