Bukan Kanye West jika tidak melakukan ‘kerja gila’ dalam kehidupannya.

BERITA TRENDING: Makin Gila, Kanye West Umum Isteri Lebih Tidak Berpakaian Tahun ini

Terkini rapper kontroversi tersebut dipercayai telah mencabut semua gigi aslinya dan menggantikan ia dengan gigi palsu yang diperbuat daripada titanium atau logam yang ringan.

Penampilan terkini dengan gigi diperbuat daripada titanium itu dikongsikan sendiri oleh West atau Ye menerusi akaun Instagramnya.

West dilihat tersenyum sekaligus memperlihatkan barisan gigi baharu yang disifatkannya tidak ubah seperti karakter penjahat dalam filem James Bond, Jaws daripada The Spy Who Loved Me and Moonraker.

BERITA TRENDING: Kanye West, Pasangan Macam Orang Tak Ada Tamadun! Nampak ‘Bon*ot & Projek Atas Kapal

Seorang sumber memberitahu DailyMail, West telah mereka sendiri bentuk gigi tersebut.

Gigi yang diperbuat daripada titanium itu malah didakwa lebih mahal daripada nilai berlian iaitu menelan belanja sekitar RM4 juta.

Tindakan menggantikan gigi asli dengan palsu bukan pertama kali dilakukan West.

Pada 2010, West pertama kali mempamerkan gigi pada bahagian atas yang disalut berlian dan emas.

“Saya rasa berlian sangat menarik jadi saya minta doktor buang gigi atas dan gantikannya dengan berlain,” akuinya.

PILIHAN PEMBACA: Kanye West Bercinta Dengan Janda Satu Anak