Advertorial
Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 Kembali Lagi! WOW! Lebih RM1.3 juta Untuk Anda!
Baru-baru ini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 dengan menawarkan hadiah lumayan lebih RM1.3 juta untuk dimenangi oleh 983 orang pemenang.
Istimewanya tahun ini buat julung kalinya, Cabutan Siri WOW! Kasih diperkenalkan bagi menghargai insan-insan bermakna dalam kehidupan antaranya sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru.
Bagi Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 kali ini terdiri daripada Cabutan Tahunan bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 dan lima (5) Cabutan Siri yang antaranya, WOW! Gong Xi Ang Pow bermula 1 Januari sehingga 29 Februari, WOW! Syoknya Raya (1 Mac-30 April), WOW! Kasih (1 Mei-30 Jun), WOW! Merdeka (1 Julai - 31 Ogos) dan WOW! Superheroes (1 September-31 Oktober).
Hadiah utama Cabutan Siri sebanyak RM10,000 ditawarkan untuk seorang pemenang manakala 180 pemenang saguhati menerima wang tunai sebanyak RM500 bagi setiap siri.
Menariknya Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 kali ini membawa kelainan dengan menampilkan tiga (3) kategori iaitu Silver, Gold dan Platinum bagi Cabutan Tahunan dengan hadiah utama Kategori Silver adalah berupa kereta Proton S70 Flagship X, pemenang kategori Gold menerima kereta Proton X50 Flagship dan kategori akan membawa pulang kereta Proton X90 Flagship.
Hadiah Kedua Kategori Silver akan menerima Motosikal Yamaha NVX 155cc, kategori Gold membawa pulang Motosikal Yamaha XMAX 250cc dan hadiah bagi pemenang Kategori Platinum pula akan membawa pulang Motosikal Yamaha MT09.
Manakala, pemenang tempat ketiga bagi kategori Silver pula akan menerima wang tunai sebanyak RM10,000, kategori Gold sebanyak RM20,000 dan kategori Platinum sebanyak RM30,000.
Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu (1) cabutan manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua (2) cabutan secara automatik.
Paling menarik, kempen kali ini turut memberi kelebihan kepada pengguna aplikasi myPTPTN yang akan mendapat bilangan cabutan berganda. Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus akan mendapat lima (5) cabutan. Manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui PTPTN atau potongan gaji atau debit terus, akan mendapat sepuluh (10) cabutan. Nak dapatkan cabutan berganda? Simpan je di myPTPTN. Muat turun myPTPTN sekarang di (https://www.ptptn.gov.my/myptptn/)
Ingat! Simpan lebih, peluang menang pun lebih.
Tertakluk pada terma dan syarat.
#PeluangKejayaanAnda
#SimpanSSPN
Must-Watch Video