Hiburan
“Caci, Maki, Hinaan Adakah Dihalalkan?” - Scha Al-Yahya Anggap Rezeki Sudah Ditetapkan
Nama pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya turut tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 yang disenaraikan oleh netizen di laman sosial sejak beberapa hari ini.
Anggap Rezeki Dah Ditentukan Allah
Bagaimanapun, Scha menerusi Instastory kelihatan tenang dengan mengatakan segala rezeki sudah ditetapkan oleh Allah dan manusia tiada hak untuk menjatuhkan hukum terhadap kehidupan orang lain.
“Setiap seorang daripada kita sudah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Baik saya, keluarga saya atau anda semua. Apa pun pekerjaan yang kita buat, itu jugalah rezeki yang sudah diaturkan.
“Tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah? Siapa kita untuk menjatuhkan hukum pada kehidupan dan rezeki seseorang?” kongsi Scha.
Pada perkongsian yang sama, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkata dia menerima semua pendapat dan turut berharap semua orang berhenti menyebarkan kebencian.
Berhenti Sebar Kebencian
“Jangan kita tanam kebencian dan sebar permusuhan hanya kerana tidak sealiran dengan anda. Caci, maki dan hinaan itu adakah dihalalkan?
“Jangan pernah sekali kita lupa, dosa sesama manusia. Saya meraikan semua pendapat dan terima kasih atas segala peringatan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, kecoh di laman sosial mengenai gerakan Blockout 2024 iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk-produk dikaitkan dengan Israel.
Bermula di luar negara pada minggu lalu, kini netizen Malaysia pula tampil dengan senarai Blockout 2024 selebriti dan pempengaruh media sosial tempatan.
BERITA TRENDING: Syamimia Dah Agak Nama Dipetik Dalam Senarai Blockout 2024 - “Awas!”
Must-Watch Video