“Cadang Macam Nak Tambah Anak Tapi Asyik Kena Road Block Je”- Aril Pilus

Syafiqah Jalal
Disember 24, 2019 07:02 MYT
Penyanyi dan pelakon Aril Pilus baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke enam bersama isteri Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin pada 20 Disember lalu.
Aril memberitahu dia merancang untuk menambah zuriat selepas mempunyai seorang anak Tun Adriel Mikael yang berusia empat tahun.
Namun niatnya itu tidak dapat diteruskan.
“Ada je ni, tengah rehat di rumah. Saja la nak bagi tahu kat korang semua, dah 6 tahun kahwin.
”Alhamdulilah , cahaya mata baru 1, cadang macam nak tambah 1 lagi, asyik kena road block je huhu
“Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-6 @puteriedlinda isteriku, semoga Allah swt berkati hubungan ini dan moga kekal hingga ke jannah.. amin,” tulisnya.
Bekas bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik fotonya bersama isteri.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang terhibur dengan kapsyen yang ditulis.
Rata-rata turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus mendirikan rumah tangga bersama Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael pada 24 November 2015.
#Penyanyi #Anak #Penyanyi #Isteri #Aril Pilus