Pernah tak tengok gaya pekerja kedai makan lap meja sambil jinjing bekas garpu atas kepala?

Ia mungkin dianggap kurang siuman tapi gaya macam itu mampu dilakukan pelakon senior, Amyza Aznan.

Dia yang kelihatan anggun berbaju kurung warna biru menunjukkan kemahiran mengelap meja dalam satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya, @amyzaaznankaaia.

Apa yang menarik perhatian netizen, dia yang seperti melakonkan watak pekerja warung boleh mengimbangi garpu dengan sudu dalam satu bekas yang diletakkan atas kepala.

"Cak ketum tak?!!! kelas tak crown tu!!! Hahahhaahaha ada ni ha. Shooting!! Dram trrbaru...dan perangai tak senonoh yg terbaru!!," katanya dalam status itu.

Rupanya aksi pelakon itu hanyalah dalam sebuah telefilem terbaharu arahan Shuhaimi Lua.

Netizen turut memuji lakonan Amyza itu yang jarang dipertontonkan dalam drama sebelum ini.

"Cik gayah mmg xpernah menghampakan.. Xoxo," kata netizen @ziehan.omar.

Lakonan penuh penghayatan itu jua di komen rakan artis, Zara Zya.

"Mmg perangai lah dia ni," katanya.

Memang aksi tersebut mengelikan hati ramai netizen yang terhibur menonton aksi dalam media sosial itu.

"Hahahahaaa..akak memang kelakarrr habis..salute u sis...," kata netizen @liza_hamid.

Teks oleh: Elrafaei Sapi