Pantang ada perkara negatif mengenai dunia hiburan Korea, pasti ada dalam kalangan peminatnya yang lantang bersuara.

Selepas Sharifah Sakinah, kini giliran pelakon Nazim Othman dan Eyka Farhana pula menerima kecaman.

Bukan kerana memperlekehkan artis K-pop, tetapi kerana bercakap dalam bahasa Korea yang dikatakan lebih kepada bunyi Hindustan.

Trending di laman sosial apabila satu klip video yang dimuatnaik pengguna Twitter ida@okestern memaparkan sebuah babak lakonan Nazim dan Eyka yang berbual dalam bahasa Korea.


Beberapa netizen mempertikaikan sebutan kedua-dua pelakon itu yang tidak tepat.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan kenapa sampai Bahasa Korea pun nak dibawa dalam drama Melayu. Mana perginya identiti drama tempatan?



Sumber: Astro Awani