Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Cakap Dalam Hati Terima Kasih Ya Allah” - Lalui Fasa Penuh Emosi, Nabila Huda Kongsi Tips Nak Handle Stress!

Hanafis Haris 06/08/2021 | 08:46 MYT

Pelakon Nabila Huda tampil berkongsi tips dan kaedah terbaik mengenai cara untuk menangani tekanan atau stress terutamanya ketika di saat genting.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil itu, dia juga seperti orang lain akan melalui fasa penuh emosi.

“Ramai tanya macam mana Abil handle stress, tak pernah stress ke, tak pernah emosi ke?

“Ada sebab kita ni perempuan, emosi kita sejenis tak boleh kawal. Jadi macam mana i handle? I dah cuba banyak kali dan ia berhasil,” katanya.

Menurutnya, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memejam mata dan tarik nafas dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan.

“Kemudian senyum seikhlasnya. Cakap dalam hati ya Allah, terima kasih atas nikmat kau beri.

“Terima kasih ya Allah,” katanya.

Jelasnya, apabila kita senyum dan ketawa ia secara tidak langsung boleh menyelesaikan masalah.

“Memang masalah tidak akan selesai sepenuhnya tapi dia akan selesai. Cuba la practice.

“I buat ni bukan sebab dah mula mengaji or masuk kelas agama sejak dua menjak ni. Tak memang dari dulu i buat benda ni.

“Bila i tutup mata, i rasa itulah masa i dengan Allah. Kita boleh handle semua jenis masalah.

“Saya tak pernah benci masalah tu semua kerana jika tiada semua ni mungkin i tak sematang macam ni. Bersyukur all the time,” katanya.

Nabila berkata demikian menerusi satu posting di Instagramnya.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

#Viral #Stress #Abil #NabilaHuda
;