HIBURAN
“Cakap Inggeris Terus Cop Sombong” - Datin Atikah Suhaime
Pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa terkilan apabila dirinya pernah dilabel sombong hanya kerana bertutur dalam bahasa Inggeris ketika mula-mula menetap di Malaysia.
Menurut Atikah yang berasal dari Singapura, penggunaan bahasa Inggeris adalah perkara biasa di negaranya, tanpa dikaitkan dengan status atau kasta sosial.
“Dekat Singapura, semua orang cakap Inggeris. Cleaner pun tahu, Bangla pun tahu. Tak ada istilah nak tunjuk high class,” jelasnya.
Namun, apabila mula bercakap bahasa Inggeris di Malaysia, dia tidak menyangka akan menerima tanggapan negatif.
“Masa first time datang Malaysia, orang kata saya sombong sebab cakap Inggeris. Saya jadi confused. Kenapa pula bahasa boleh buat orang judge kita?
“Bahasa tak tentukan kasta. Yang penting cara kita sampai mesej tu. Itulah yang tunjukkan siapa kita sebenarnya," tambahnya.
Dalam masa sama, Atikah turut berkongsi pengalamannya di restoran Jepun jenis Omakase, di mana chef-chef Jepun yang tidak fasih berbahasa Inggeris tetap berusaha untuk berkomunikasi dengannya.
“Diorang ajar saya perkataan Jepun macam ‘abie’ yang maksudnya udang. Comel je. Saya yang belajar daripada mereka.
“Don’t judge bila orang cakap English. Maybe itu je bahasa yang dia selesa,” tambahnya.
Ujarnya lagi, sudah tiba masanya orang Melayu sendiri berbangga menggunakan bahasa Melayu dalam apa jua keadaan.
"Rasanya sekarang ni dah sampai masa untuk kita pula berlagak dengan bahasa Melayu. Jangan berlagak dengan bahasa orang lain. Kita berlagak dengan bahasa kita sendiri. Sebab bagi Atika, sebagai orang Melayu, kita kena pertahankan bahasa kita.
"Bukan soal pergi tempat high class mesti cakap Inggeris. Tak. Bahasa adalah bahasa," ujarnya.
Atikah juga menyentuh kelebihan rakyat Malaysia yang masih fasih berbahasa Melayu, berbanding di Singapura di mana bahasa Melayu semakin terpinggir.
"Kalau dekat Singapura, memang susah nak pertahankan bahasa. Tapi dekat Malaysia, semua orang tahu. Jadi gunakan kelebihan tu.
"Kalau orang lain boleh bangga dengan bahasa mereka, kenapa kita tak boleh? Jangan malu, banggalah dengan bahasa kita sendiri," katanya.
undefined