“Cakap Janganlah Pakai Nafsu” -Tergamaknya! Nabila Razali Terima Ugutan Nak Kena Langgar Gara-Gara Insiden...
Persembahan nyanyian yang terkucil sewaktu menyanyikan lagu Peluang Kedua baru-baru ini boleh dikatakan sebagai 'episod hitam' buat penyanyi Nabila Razali.
Bukan saja dikritik hebat oleh netizen, malah terdapat juga ugutan-ugutan liar diterima penyanyi berkenaan.
Walaubagaimanapun, menerusi program terbaru Astro Gempak iaitu Lancaang Bethol, Nabila mendedahkan dia telah menerima komen dan gurauan kasar.
"Terlalu banyak komen dan 'Direct Messege" (DM ) yang saya terima, namun kebanyakannya kurang pendidikan sikit.
"Ada yang sampai kata nak langgar saya. Adakah itu satu perkara yang betul untuk diperkatakan? Cakap janganlah pakai nafsu," katanya.
Menurutnya, komen yang kebanyakan orang lihat di Instagramnya hanyalah 30 peratus saja.
"Banyak lagi mesej lain yang saya terima daripada DM. Tak perlulah saya buka aib masing-masing.
"Tak dinafikan saya terkesan tapi ia tidak akan sewenang-wenangnya memutuskan semangat saya dalam industri.
"Kepada mereka yang kritik tu chill lah, tidak semua penyanyi itu sempurna. Penyanyi yang hebat pun ada buat silap," katanya.
Ditanya pendapat mengenai netizen yang tidak henti-henti mengecam kualiti vokalnya, Nabila secara berseloroh memberitahu dia telah pun menghubungi
Produser televisyen dan hakim musim pertama rancangan bakat American Idol, Simon Cowell.
"Secara eksklusifnya saya sudah pun mesej Simon Cowel tunggu dia reply je," katanya.
Pada yang anda ingin mengatahui mesej apa yang dihantar Nabila kepada Simon Cowell, anda boleh tonton video penuh Lancaang Bethol di sini.
Program terbaru terbitan Astro Gempak ini bersiaran setiap hari Khamis jam 10 malam.
BACA: Kena Hentam Netizen Selepas Nyanyian Terkucil, Nabila Razali Salahkan Diri Sendiri