Hiburan
“Cakap Perkataan Betul Dan Jelas, Jangan Bandingkan Anak Dengan Orang Lain” - Dr Izzar Kongsi Tips Anak Bercakap
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari berkongsi panduan mengenai perkembangan anak dalam percakapan.
Izzar berkongsi perkara bermanfaat itu menerusi posting terbaharu akaun Instagramnya hari ini.
Saran Izzar, ibu bapa tidak digalakkan untuk membandingkan anak-anak kerana perkembangan yang dilalui oleh setiap kanak-kanak adalah berbeza.
“Bercakap ni merupakan salah satu dari komponen perkembangan anak. Perkembangan bercakap untuk anak ni berbeza-beza mengikut umur dan lain-lain baik anak-anak lain.
“Jadi, jangan nak banding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Kalau orang lain mula bandingkan memang sakit hati kan?
“Nak tolong anak biar anak bercakap ada banyak cara. Antaranya kita sebagai parents sendiri kenalah selalu bercakap dengan anak. Biar anak tiru dan ikut kita bercakap.
“Kalau parents bercakap tu, cakaplah perkataan betul-betul dan jelas. Jadi anak ikutlah. Kalau parents cakap bahasa baby yang tak faham tu, anak pun ikutlah sekali.
“Bila anak bercakap sendiri, kita puji dia banyak-banyak. Buat dia gembira dan bersemangat nak bercakap lagi.
“Kurangkan masa dia main gajet atau tengok tv. Ni bergantung sebab ada yang lagi banyak bercakap kalau tengok Upin Ipin or cocomelon sebab dia ikut. Ada yang diam je tengok. Tu tak baguslah.
“Lagi bagus, kenalah interaktif. Kenalah nyanyi-nyanyi, tunjuk gambar-gambar dan sebagainya. Ibu bapa kenalah kreatif.
“Ayra sekarang dah boleh cakap dan gabung perkataan dah. Menari pun suka. Alhamdulillah,” kongsinya.
Terdahulu, Izzar telah mendirikan rumah tangga dengan Ummi Nazeera pada 23 Julai 2017.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata Ayra Aneesa.
Must-Watch Video